Link Copiedcheck_circle
EV

CES 2026: Prototaip Afeela 2026 Dipertonton

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sony Honda Mobility telah memulakan pamerannya di Consumer Electronics Show (CES) 2026 yang sedang berlangsung dengan memperkenalkan model prototaipnya ,  Afeela  2026.

 Kajian reka bentuk baharu ini memberi gambaran awal EV itu dijadualkan tiba di Amerika Syarikat pada tahun 2028.

Sekilas pandang, prototaip  Afeela pada asasnya merupakan versi crossover yang lebih tinggi daripada sedan EV Afeela 01, kerana ia menampilkan  reka bentuk yang serupa. Antaranya termasuk jalur lampu LED lebar di bahagian hadapan dan belakang, skrin  paparan yang terbina pada fasia hadapan, serta skema warna dwi-tona.

image.pngimage.png

Beberapa ciri luaran menarik yang dapat dilihat termasuk garis bumbung bergaya coupe yang kemas, pemegang pintu tersembunyi, rim besar berbilang jejari, serta unit LiDAR yang dipasang di bahagian hadapan bumbung—yang menandakan tahap keupayaan pemanduan autonomi yang tinggi bagi SUV EV ini.

Menjengah bahagian kabinnya, Afeela Prototype 2026 juga sangat menyerupai versi sedan, dengan susun atur kabin minimalis yang sarat dengan teknologi dan kemudahan moden. SUV EV ini menampilkan beberapa skrin pada papan pemuka hadapan selain stereng dasar rata, serta dua skrin tambahan untuk penumpang belakang.

image.pngimage.png

Difahamkan, Qualcomm Snapdragon Digital Chassis baharu ini digandingkan dengan ejen AI canggih yang dibangunkan oleh Microsoft.

Buat masa ini, tiada butiran teknikal didedahkan mengenai rangkaian kuasa Afeela Prototype 2026, namun ia dijangka sekali lagi menyerupai Afeela 01. 

Untuk makluman, sedan tersebut dikuasakan oleh sistem dwi-motor yang menghasilkan sehingga 483 hp (360 kW), manakala tenaga dibekalkan oleh pek bateri 91 kWh yang menawarkan jarak pemanduan sehingga 483 km, sekurang-kurangnya berdasarkan piawaian EPA yang lebih ketat.

image.png

Malah, harganya masih belum didedahkan  namun, ia dijangka dijual pada harga sedikit lebih tinggi berbanding Afeela 01, yang akan dipasarkan pada harga AS$89,900 (RM364,139) untuk varian asas Origin, dan AS$102,900 (RM416,796) bagi varian tertinggi Signature.

Gallery

Tag:

CES 2026
Sony Afeela
Sony Afeela EV
Sony Afeela EV Prototype
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

EV Sony Afeela 1 Sudah Boleh Ditempah, Maaf Belum Masuk Malaysia Lagi!

Sony Honda Mobility Inc. (SHM) mendedahkan model pertamanya di bawah jenama Afeela, Afeela 1, sudah boleh ditempah.

08-01-2025
EV

3 EV Sony Honda Bakal Dilancar 6 Tahun Lagi!

Sony Honda Mobility sudah bersedia untuk memperluaskan rangkaiannya apabila tiga modelnya bakal diperkenalkan menjelang tahun 2030.

17-02-2024

Berita Terkini

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026