Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jangan Percaya Sindiket Guna MyBayar PDRM Berkaitan Trafik

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan taktik penipuan yang menyalahgunakan nama PDRM dan MyBayar PDRM, kononnya berkaitan tunggakan tol atau kesalahan trafik.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM memaklumkan, modus operandi sindiket itu membabitkan penghantaran mesej mengandungi pautan rawak dan paparan laman web yang menyerupai portal rasmi PDRM.

"Mangsa akan diarahkan untuk menekan butang 'Pay Now' sebelum diminta mengisi maklumat peribadi atau perbankan.

"PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak pernah menghantar notis bayaran melalui pautan rawak atau aplikasi WhatsApp," katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Sehubungan itu, PDRM menegaskan orang ramai untuk tidak membuka sebarang pautan mencurigakan atau mendedahkan maklumat perbankan kepada pihak tidak dikenali.

PDRM turut menggesa orang ramai melaporkan sebarang cubaan penipuan kepada pihak polis atau Pusat Respons Scam Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) bagi tindakan lanjut.


Gallery

Tag:

CCID
Scam
Mybayar
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026