Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jetour Tukar Logo Baharu

Suhana Veru

Kongsi melalui

 New-Logo---Jetour.png

JETOUR memperkenalkan logo baharunya di Malaysia, sekali gus menandakan fasa baharu dalam evolusi jenama tersebut.

Reka bentuk logo baharu JETOUR diinspirasikan daripada aksara Cina “行” (xing) yang melambangkan pergerakan ke hadapan secara konsisten.

Huruf inisial J dan T digabungkan secara kreatif dalam reka bentuk tersebut untuk membentuk simbol yang menyerupai aksara ini, sekali gus menghasilkan identiti visual yang menggambarkan mobiliti, kemajuan dan semangat bertenaga.

Bentuknya yang dinamik mencerminkan persimpangan pelbagai kemungkinan, sejajar dengan kepercayaan JETOUR bahawa setiap perjalanan,  sama ada di jalan bandar mahupun laluan lasak, berpotensi membuka pengalaman baharu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif JETOUR Auto Malaysia, Encik Fu Yong, “logo baharu ini mencerminkan semangat JETOUR serta falsafah kami dalam mentakrifkan perjalanan melalui tindakan. Ia melambangkan tenaga, keyakinan dan potensi tanpa batas untuk para pelanggan.

"Di Malaysia dan pasaran global, kami berhasrat untuk mentransformasikan erti perjalanan dengan menggabungkan prestasi, teknologi dan gaya hidup bagi mencipta pengalaman yang lebih bermakna," katanya.

Menjelang 2026, jenama ini akan terus mengukuhkan kehadirannya melalui pengembangan portfolio produk, termasuk pengenalan model T-Series sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjang di pasaran Malaysia.

Seiring usaha inovasi dan perluasan pasaran yang berterusan, logo baharu ini menandakan permulaan bab seterusnya buat JETOUR, sebuah perjalanan yang dipacu oleh semangat penerokaan, pergerakan dan penciptaan kemungkinan baharu.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026