Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kenapa JPJ Dapat Kamera Badan?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak menerima sebanyak 14 unit kamera badan atau Body Worn Camera (BWC) bagi kegunaan anggota barisan hadapan yang terlibat dalam operasi penguatkuasaan.

Timbalan Pengarah JPJ Perak, Mohd. Azmi Jaafar berkata, 14 unit BWC diterima pada November lalu, dengan lapan unit ditempatkan di JPJ Ipoh, empat unit di JPJ Cawangan Taiping dan dua unit di Stesen Penguat Kuasa Kuala Kangsar.

Katanya, penggunaan BWC akan meningkatkan lagi ketelusan dan integriti pasukan khususnya membabitkan interaksi secara langsung dengan masyarakat ketika operasi.

“Penggunaan peranti BWC ini adalah untuk merakam semua interaksi antara anggota penguat kuasa dengan pengguna jalan raya. Rakaman itu bukan sahaja untuk melindungi hak pengguna, malah melindungi anggota daripada salah faham, tuduhan tidak berasas dan dakwaan salah laku.

“Rakaman melalui peranti ini juga akan digunakan mengikut prosedur operasi yang telah ditetapkan oleh pihak ibu pejabat,” katanya sempena Operasi Khas Sembilan Kesalahan Utama di Jalan Kuala Kangsar-Jalan Sultan Azlan Shah dekat Tasek di sini hari ini.

Menurut Azmi, peranti berkenaan beroperasi secara real-time selain tidak boleh ditutup sesuka hati oleh anggota kecuali di kawasan sensitif mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Jika kamera ditutup tanpa sebab dibenarkan, isyarat akan dihantar terus ke ibu pejabat sebagai langkah kawalan,” katanya.


SUMBER KOSMO


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto

BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam.

01-04-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto

Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!

31-03-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

Polis Daerah Jasin kini sedang giat mengesan seorang pemandu van yang terlibat dalam kemalangan di Simpang Kerayong, Melaka.

31-03-2026