- Berita
- Berita Auto
- Kenderaan Thailand Lakukan Pelbagai Kesalahan, JPJ Kutip RM5.59 Juta
Kenderaan Thailand Lakukan Pelbagai Kesalahan, JPJ Kutip RM5.59 Juta

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan sebanyak RM5.59 juta menerusi Ops Tunggak Kenderaan Thailand sejak 2023 hingga tahun lalu.
Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan, pada 2023, jumlah kutipan adalah sebanyak RM203,400 sebelum meningkat kepada RM1.1 juta pada 2024 manakala tahun lalu ia merekodkan sebanyak RM4.2 juta.
Katanya, tiga kesalahan utama dikesan menerusi operasi berkenaan iaitu tiada permit peredaran antarabangsa (ICP) dan lesen memandu kompeten (CDL) serta pamer ICP tidak mengikut kehendak yang ditetapkan.
"Terdapat satu van Thailand di Perlis yang dikesan mempunyai saman paling banyak iaitu 45 saman dengan nilainya adalah RM14,000 sejak beberapa tahun lalu. Kita mengarahkan mereka untuk selesaikan saman berkenaan sebelum melepaskan kenderaan terbabit," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Sehubungan itu, JPJ akan terus memperkukuh tindakan penguatkuasaan terhadap kenderaan berdaftar di Thailand sebagai sebahagian daripada usaha berterusan bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap undang-undang dan peraturan jalan raya di negara ini.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

