- Berita
- Berita Auto
- Tonto: Kerajaan Tidak Akan Tunduk Terhadap Ancaman Tonto

Kerajaan tidak akan tunduk terhadap sebarang ancaman daripada tonto atau orang tengah yang memberikan maklumat untuk menggagalkan tugas penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika menjalankan operasi membanteras kenderaan berat lebih muatan.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata perkara itu sekali gus mendorong Kementerian Pengangkutan memohon peruntukan daripada Kementerian Kewangan untuk melengkapkan anggota penguat kuasa dengan kamera badan dan senjata api bagi mempertahankan diri mereka.
“Memang ada cabaran daripada tonto ini, tetapi sudah tentu kita tidak boleh tunduk kepada ancaman tersebut untuk menguatkuasakan undang-undang kerana melibatkan keselamatan jalan raya dan nyawa manusia,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan tambahan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) berhubung cabaran penguatkuasaan kes lebihan muatan, termasuk dakwaan wujud tonto serta sama ada sistem mata demerit ketika ini masih digunakan.
Mengulas lanjut, Loke berkata sistem mata demerit masih digunakan, namun akan dirombak bagi memastikan sistem itu lebih berkesan dan adil kepada pemandu yang dipaksa oleh pengusaha untuk membawa muatan berlebihan.
BERNAMA
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

