Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

MH370: Masih Belum Ada Penemuan Penting

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Fasa terkini operasi pencarian MH370 di dasar laut Lautan Hindi Selatan telah mencapai liputan tinjauan yang ketara, namun sehingga kini tiada penemuan penting atau hasil muktamad dikenal pasti.

Menurut Laporan Ringkasan Kemajuan Operasi Pencarian MH370 (6-15 Jan 2026) yang dimuat naik di Facebook Persatuan Keluarga Penumpang dan Anak Kapal MH370 (MH370 Families), operasi pencarian yang dijalankan di atas kapal Armada 8605 telah meliputi kawasan terkumpul kira-kira 7,236.40 kilometer persegi setakat 15 Januari 2026.

Laporan itu menyatakan bahawa aktiviti pencarian dijalankan di sektor Lautan Hindi Selatan dan menggunakan sehingga tiga Hugin Autonomous Underwater Vehicles (AUV), dengan operasi berjalan hampir tanpa gangguan antara 6 hingga 14 Januari.

Keadaan cuaca adalah menggalakkan bagi usaha tinjauan berterusan sehingga 14 Jan, sebelum operasi dihentikan pada 15 Jan akibat cuaca buruk. Ketiga-tiga AUV berjaya dikeluarkan dengan selamat dan dibawa naik ke atas Armada 8605.

Operasi ini terus berkembang secara berperingkat dan teratur dalam kawasan pencarian yang telah ditetapkan, dengan hasil selanjutnya bergantung kepada kesinambungan tinjauan serta keadaan operasi yang menggalakkan," menurut laporan itu.

Berikutan tempoh lanjutan, Armada 8605 dijadualkan kembali ke Fremantle bagi pertukaran kru sebelum meneruskan aktiviti seterusnya.

Pada 3 April tahun lepas, kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian dengan Ocean Infinity (United Kingdom) untuk menyambung semula operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.

MH370 hilang pada 8 Mac 2014 selepas berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.


SUMBER HARIAN METRO

Gallery

Tag:

MH370
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Jika Ada Maklumat, Bukti Kukuh, Sahih, Kerajaan Teruskan Pencarian MH370

Walaupun sudah 10 tahun berlalu, pesawat MH370 hilang, namun kerajaan masih berhasrat untuk mencari pesawat malang itu.

05-11-2024
Berita Auto

Malaysia Komited Cari Pesawat MH370

Pencarian MH370 diteruskan?

03-03-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026