- Berita
- Berita Auto
- Musibah Bertimpa-Timpa, Nak Elak Anjing, Rempuh Pula 4 Kereta Termasuk Sebuah Rumah
Musibah Bertimpa-Timpa, Nak Elak Anjing, Rempuh Pula 4 Kereta Termasuk Sebuah Rumah

Gara-gara hendak mengelak anjing, seorang pemandu e-hailing 'terpaksa' merempuh empat kenderaan dan sebuah rumah di kawasan perumahan di Taman Permas Jaya, Johor, semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata kemalangan jam 4.10 petang itu membabitkan seorang lelaki berusia 26 tahun yan''g bekerja sebagai pemandu e-hailing.
Ketika kejadian, pemandu yang menggunakan kereta Honda City itu dalam perjalanan dari Pasir Gudang menghala ke sebuah kawasan perumahan.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu berkenaan cuba mengelak haiwan dipercayai anjing yang tiba-tiba melintas di laluan.
"Ia menyebabkan kenderaannya memasuki laluan bertentangan lalu melanggar sebuah motosikal, sebuah rumah dan tiga kereta yang diletakkan di hadapan rumah terbabit," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Raub berkata, pemandu e-hailing itu tidak mengalami kecederaan, manakala penunggang motosikal cedera ringan dan dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan lanjut.
Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kemalangan.
Sumber: Berita Harian
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/