Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Patut Wajibkan Pasang Dashcam, Bukan Lagi Aksesori

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya, kamera papan pemuka (dashcam) mungkin tidak lagi sekadar aksesori pilihan, memandangkan ada pihak mendesak bahawa  ia sepatutnya dijadikan sebagai peralatan standard dalam kenderaan, khususnya bagi kenderaan e-hailing dan kegunaan komersial.

Berdasarkan laporan akhbar The Star melaporkan desakan ini dibuat berikutan peningkatan penggunaan dashcam dalam merakam kemalangan dan insiden jalan raya yang mana ia mampu merakam dengan  selain  membantu menyelesaikan pertikaian serta mempercepatkan siasatan.

Susulan itu, Majlis Pengurangan Kecurian dan Kemalangan Kenderaan Malaysia Berhad (VTAREC) mencadangkan pemasangan dashcam patut bermula daripada kenderaan komersial dan e-hailing sebelum diperluaskan kepada kereta persendirian baharu dan seterusnya kenderaan sedia ada.


Penyelaras VTAREC, Mas Tina Abdul Hamid, berkata dashcam telah pun membuktikan nilainya dalam penguatkuasaan dan kes insurans, terutamanya dalam insiden langgar lari, dengan merakam butiran penting seperti masa, lokasi dan pergerakan kenderan.

Beliau turut menyatakan bahawa ramai pemandu hanya memasang dashcam selepas terlibat dalam kemalangan, iaitu ketika rakaman tersebut paling diperlukan.

Ujarnya, pemasangan lebih awal sebenanrya dapat membantu melindungi pemandu daripada tuntutan palsu serta menyediakan bukti dengan segera selepas sesuatu insiden berlaku.

Menjawab kebimbangan mengenai manipulasi video menggunakan kecerdasan buatan (AI), Mas Tina berkata langkah perlindungan seperti penggunaan peranti selamat, penyulitan data dan prosedur pengendalian yang betul boleh membantu mengekalkan integriti rakaman dashcam.

Namun begitu, beliau menegaskan bahawa dashcam hanyalah alat sokongan, dan menyifatkan  keselamatan jalan raya yang sebenar bergantung kepada pemanduan berhemah dan pematuhan terhadap undang-undang lalu lintas.

Sumber:  THE STAR


Gallery

Tag:

malaysia dashcam
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kerajaan Perlu Tawar Subsidi Untuk Beli Dashcam Sebab Bukan Semua Mampu Beli

Kerajaan sepatutnya mempertimbangkan untuk menawarkan pengecualian cukai atau subsidi untuk pembelian kamera papan pemuka bagi menggalakkan penggunaannya.

09-01-2025
Berita Auto

Pemasangan Dashcam: Ini Penjelasan Menteri

Kerajaan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk mewajibkan pemasangan 'dashcam' .

16-05-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026