Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Projek LPT4: Kerajaan Salur RM25 Juta

Suhana Veru

Kongsi melalui

 image.png

Sebanyak RM25 juta diluluskan bagi kerja-kerja awal projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 4 (LPT4) seperti kajian trafik, reka bentuk kejuruteraan dan cadangan jajaran yang akan dimulakan tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata cadangan LPT4 meliputi jajaran sejauh 142 kilometer dari Ulu Tiram hingga ke Mersing.

"Tujuan utama projek ini ialah membangunkan kawasan sekitar selain pelengkap kepada Lebuh Raya Pantai Timur sedia ada yang menyambung (menghubungkan) ke Johor melalui Kuantan, Pahang," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata, mengikut perancangan asal, projek itu merangkumi tiga jajaran utama, iaitu Johor Bahru- Kota Tinggi dengan jarak 30 kilometer, Kota Tinggi-Mersing (80 kilometer) dan Mersing-Endau (32 kilometer).

Mohamad Fazli berkata, sesi libat urus antara kerajaan negeri dan Kementerian Kerja Raya berhubung pembinaan LPT4 ini akan memberikan impak positif yang optimum bukan sahaja kepada pembangunan negeri Johor, malah kemudahan serta keselesaan rakyat.

"LPT4 ini merupakan cadangan dalam Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya (HNDP) untuk dibina selepas 2030, namun dengan mengambil kira pembangunan yang pesat dan tidak mahu wilayah pantai timur Johor seperti Mersing dan Kota Tinggi ketinggalan, cadangan LPT4 ini diletakkan sebagai keutamaan negeri," katanya.

Gallery

Tag:

LPT4
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026