Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

PUSPAKOM Kenakan Caj RM5 Untuk Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kereta Bermula Ahad Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya, PUSPAKOM Sdn Bhd akan menyelaraskan Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan daripada RM3.50 kepada RM5 bermula Ahad ini.

Langkah itu adalah sebahagian daripada usaha mempertingkatkan sistem tempahan pemeriksaan kenderaan supaya lebih stabil, telus dan mesra pelanggan.

Menurut PUSPAKOM, pelarasan terbabit sebahagian daripada persediaan pelaksanaan sistem tempahan pemeriksaan kenderaan baharu yang kini berada pada fasa akhir, merangkumi integrasi automatik dengan portal mySIKAP Jabatan Pengangkutan Jalan serta penambahbaikan proses pemulangan bayaran yang lebih teratur.

"Pelarasan caj ini seiring persediaan untuk melancarkan sistem tempahan baharu yang menampilkan penjenamaan semula, paparan serta fungsi yang ditambah baik bagi meningkatkan pengalaman pelanggan dan kecekapan proses tempahan,"katanya dalam satu kenyataan.

PUSPAKOM turut memaklumkan caj pemprosesan sedia ada tidak pernah disemak sejak sistem tempahan pemeriksaan dalam talian diperkenalkan pada 2017 dan pelarasan itu perlu bagi memastikan sistem tempahan pemeriksaan kenderaan terus relevan dengan keperluan semasa industri automotif serta jangkaan pengguna.

Difahamkan, perincian penuh mengenai sistem tempahan baharu berkenaan akan diumumkan Isnin ini.

Orang ramai yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Puspakom di talian 03-5101 7000 atau e-mel ke customerservice@puspakom.com.my serta mengikuti @puspakomofficial di Facebook, Instagram dan TikTok.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026