Link Copiedcheck_circle
EV

Skuter Elektrik Marhaen, EZI TS-1 Semurah RM4,288 - Jarak Gerak 100KM

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Syarikat pengedar motosikal yang berpangkalan di Bukit Mertajam, MForce Bike Holdings Sdn Bhd (MForce), melancarkan secara rasminya skuter elektrik terbaharunya,  EZI TS-1 yang dijual semurah RM4,288.

Difahamkan, harga itu tidak termasuk insurans dan kos atas jalan. Namun begitu, harga tersebut membabitkan waranti pengeluar standard selama 2 tahun atau 20,000 km.

EZI TS-1 dilengkapi DENGAN  pek bateri jenis Graphene 72-volt, yang tidak boleh ditanggalkan dikatakan mampu bergerak sejauh 100km dengan setiap cas penuh. Untuk pengecasan penuh, ia mengambil masa sekitar h 8 jam 30 minit.

Ia mampu menghasilkan kuasa maksimum yang didakwa sebanyak 2 kW (kira-kira 2.7 PS), manakala berat keseluruhan motosikal ini hanyalah 82 kg tanpa bateri.

image.png

Bagaimanapun, kelajuan maksimum skuter elektrik ini yang agak “sederhana” iaitu 65 km/j.

Walaupun ditawarkan pada harga mampu milik, EZI TS-1 tetap hadir dengan pelbagai ciri moden kerana ia dilengkapi dengan k sistem lampu LED sepenuhnya, panel meter LED bersaiz 7 inci, port pengecasan USB serta sistem pencucuhan tanpa kunci berasaskan NFC, selain beberapa ciri lain.

image.png

Bukan itu sahaja, ia hadir dengan tiga mod tunggangan iaitu  “Walk Assist” yang tersedia dalam mod E, Auto Cruise serta Sistem Brek Gabungan (CBS) yang merupakan satu ciri yang ada pada kebanyakan skuter.

image.png

Dari segi saiz dan dimensi, EZI TS-1 berukuran 1,840 mm panjang dengan jarak roda 1,300 mm, lebar 705 mm dan tinggi 1,200 mm, serta ketinggian tempat duduk 755 mm.

Bagi yang berminat, ia ditawarkan dalam pilihan warna putih, oren atau biru.











Gallery

Tag:

EZI TS-1
skuter elektrik murah
Mforce Bike
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV
Skuter Elektrik Murah: Solo 1C Ditawarkan Semurah RM599 Namun Ada Syaratnya

Skuter Elektrik Murah: Solo 1C Ditawarkan Semurah RM599 Namun Ada Syaratnya

SoloEra Solo 1C yang dijual pada harga serendah RM599 sahaja melalui inisiatif rebat EV MARiiCas.

15-07-2025

Berita Terkini

EV
Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham  EV "Bersuara"

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV
Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV
Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV
4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV
Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV
Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di  Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV
Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026
EV
Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.

13-03-2026