Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Thaipusam: 12 Jalan Ditutup, Dilencong

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sempena  Thaipusam pada Ahad ini, sebantyak 12 persimpangan jalan di sekitar ibu negara akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bermula hari ini  hingga Selasa ini bagi memberi laluan kepada perarakan pedati.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata penutupan dan lencongan persimpangan jalan itu akan bermula pada 9 malam dari Kuil Sri Maha Mariamman Dhevasthanam di Jalan Tun H.S. Lee di sini menuju ke Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, Selangor.

image.png

Antara laluan terlibat adalah persimpangan Jalan Leboh Ampang/Jalan Perak, persimpangan Jalan Tun Perak/Jalan Pudu, persimpangan Jalan Tun Tan Cheng Lock/Jalan Sultan, persimpangan Jalan Sultan/Jalan Hang Jebat, persimpangan Jalan Sultan/Jalan Petaling dan persimpangan Jalan Sultan/Jalan Panggung.

Turut terlibat dengan penutupan dan lencongan ialah persimpangan Jalan Sultan/Jalan Tun H.S. Lee, persimpangan Jalan Hang Kasturi/Jalan Sultan Mohamed, persimpangan Jalan Munshi Abdullah/Jalan Dang Wangi, persimpangan Jalan Dang Wangi/Jalan Tuanku Abdul Rahman, persimpangan Jalan Raja Laut/Jalan Dang Wangi dan persimpangan Jalan Raja Laut/Jalan Sultan Ismail.

Sehubungan dengan itu, Mohd Zamzuri menasihati orang ramai agar merancang perjalanan lebih awal, menggunakan laluan alternatif yang bersesuaian serta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada anggota polis trafik yang bertugas.


Gallery

Tag:

Thaipusam
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Thaipusam: Polis Tutup 7 Jalan Untuk Lancarkan Aliran Trafik

Tujuh jalan di sekitar Batu Caves akan ditutup secara berperingkat.

07-02-2025
Berita Auto

Thaipusam: KTM & Bas Percuma, Feri 24 Jam, Ini Apa Anda Perlu Tahu

Ini perubahan jadual dan inisiatif yang ditawarkan untuk perkhidmatan pengangkutan awam sempena sambutan Thaipusam.

04-02-2025
Berita Auto

Ini Senarai Laluan Yang Ditutup Di P.Pinang Sempena Thaipusam Bermula Sabtu

Sempena perayaan Thaipusam yang akan berlangsung tidak lama lagi, beberapa jalan utama di sekitar Pulau Pinang akan ditutup.

02-02-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026