- Berita
- Berita Auto
- Bas Henti-Henti, BAS.MY Kuantan Untuk Orang Kuantan

Perkhidmatan bas henti-henti baharu, BAS.MY Kuantan dilihat dapat memperkukuh rangkaian pengangkutan awam di Kuantan sebagai persediaan kepada operasi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tahun hadapan.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata inisiatif di bawah kementeriannya itu bukan sahaja meningkatkan mobiliti harian penduduk, tetapi juga bakal menjadi pelengkap penting kepada projek ECRL dalam memastikan perhubungan lebih cekap antara bandar dengan luar bandar.

"Tahun depan dengan siapnya ECRL, orang ramai di Kuantan akan mempunyai satu lagi pilihan pengangkutan awam yang lebih pantas dan efisien, sekali gus melengkapkan sistem bas sedia ada.
"Bagi BAS.MY Kuantan pula, perkhidmatan ini telah mula beroperasi sejak hampir sebulan lepas bagi menggantikan bas Rapid Kuantan," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti BAS.MY Kuantan.
Perkhidmatan itu merekodkan 129,000 penumpang atau hampir 4,000 orang sehari, satu peningkatan yang agak besar dan dijangka terus bertambah pada bulan akan datang.
"Sebanyak 55 bas baharu disediakan dengan peruntukan RM15.6 juta setahun dan kontrak selama lima tahun. Selepas tamat tempoh itu, perkhidmatan ini akan ditender semula," katanya.
SUMBER: HARIAN METRO
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/