Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tidur Yang Membunuh: Microsleep Punca 20% Kemalangan Maut , Risiko Tinggi Di Musim Perayaan – MIROS

Sofea Najmi

Kongsi melalui

TRAFIK-SESAK-.png


Kesesakan trafik yang panjang antara punca microsleep. 


Isu 'mengantuk sesaat' atau microsleep bukan perkara remeh. Di Malaysia, fenomena ini dikenal pasti sebagai punca utama kepada kira-kira 20% kemalangan jalan raya yang dilaporkan setiap tahun, termasuk kes-kes yang meragut nyawa.


Statistik membimbangkan ini dikongsikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Siti Zaharah Ishak, yang menyifatkan pemandu sering terdedah kepada risiko ini tanpa mereka sedari.


Apa Sebenarnya Yang Berlaku Semasa Microsleep?


Menurut Siti Zaharah, microsleep berlaku apabila seseorang hilang kesedaran secara tiba-tiba dalam tempoh yang sangat singkat. Apa yang menakutkan, pemandu mungkin kelihatan seperti masih celik, namun hakikatnya otak mereka sudah "tertidur" antara dua hingga 10 saat.


Keadaan ini lazimnya dipengaruhi oleh jam biologi badan, terutamanya ketika musim perayaan yang melibatkan perjalanan jarak jauh, tempoh pemanduan yang lama, serta perubahan rutin harian yang drastik.


Mengapa Risiko Kemalangan Meningkat Waktu Perayaan?


Musim perayaan menyaksikan lonjakan trafik yang luar biasa. Berdasarkan unjuran Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), lebih dua juta kenderaan akan membanjiri lebuh raya utama pada waktu puncak.


kemalangan-microsleep-10-feb-melaka.png


Kesesakan yang melampau ditambah dengan keletihan fizikal menjadikan pemandu lebih terdedah kepada microsleep. Contoh paling tragis berlaku pada 10 Februari lalu di Melaka, di mana seorang penunggang motosikal maut selepas sebuah kereta yang dipandu individu berusia 35 tahun, dipercayai mengalami microsleep, merempuh kenderaan di laluan bertentangan.


Bagaimana Cara Untuk Mengenali Tanda Awal Microsleep?


Jangan abaikan isyarat badan anda. Siti Zaharah menjelaskan antara tanda-tanda awal anda mula ‘dipukau’ rasa mengantuk adalah:

  • Badan mula membuat pergerakan rawak yang tidak perlu/tersengguk-sengguk.
  • Kelajuan kenderaan menjadi tidak konsisten (kejap laju, kejap perlahan).

Apakah Tip Paling Berkesan Untuk Menyelamatkan Nyawa Diri & Orang Lain Dalam Isu Microsleep?


microsleep-punca-kemalangan.png


Gambar hiasan


Kualiti tidur adalah kunci utama. Secara purata, manusia memerlukan sekurang-kurangnya tujuh jam tidur untuk berasa segar sepenuhnya. Selain itu, pemandu dinasihatkan untuk:

  • Rancang Perjalanan: Pastikan ada waktu rehat yang cukup sebelum memulakan pemanduan.
  • Berhenti Di R&R: Jika mula rasa mengantuk, jangan paksa diri. Berhentilah sebentar di kawasan rehat untuk melelapkan mata (power nap).
  • Buka Tingkap: Buka tingkap kereta sekali-sekala untuk membolehkan udara segar masuk ke dalam kabin.
  • Guna Isyarat: Jika terperangkap dalam kesesakan, gunakan lampu hadapan atau hon sebagai isyarat amaran kepada pemandu lain yang mungkin kelihatan tidak stabil.


Tag:

Microsleep
Tidur Sesaat
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026