- Berita
- Berita Auto
- Harap Maklum, Harga Diesel Naik Hari Ini
![]()
Harga runcit diesel di Semenanjung meningkat empat sen kepada RM2.96 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan harga kekal pada RM2.15 seliter bagi tempoh 5 hingga 11 Februari ini.
Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan turut memaklumkan harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada RM3.10 dan RM2.54 seliter bagi tempoh sama.
Sementara itu, harga petrol bersubsidi RON95 di bawah inisiatif BUDI95 turut kekal pada RM1.99 seliter.
"Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara," menurut kenyataan itu.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/