- Berita
- Gaya Hidup
- Jetour Malaysia Club Dilancar, Semakin Ramai Guna Jetour, Setakat Ini Terdapat 31 Pusat Jualan Servis
Jetour Malaysia Club Dilancar, Semakin Ramai Guna Jetour, Setakat Ini Terdapat 31 Pusat Jualan Servis
Jetour Malaysia secara rasmi melancarkan JETOUR Malaysia Club sekali gus menandakan satu lagi pencapaian penting dalam perkembangan jenama di pasaran tempatan.
Acara tersebut menerima sambutan amat memberangsangkan daripada pemilik JETOUR Dashing dan VT9 yang hadir untuk menyertai konvoi dari Bamboo Hills, Kuala Lumpur ke Resorts World Awana, Genting.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen jenama terhadap konsep perjalanan bersama, mobiliti gaya hidup serta membina komuniti pemilik yang lebih erat, melangkaui pemanduan harian.
Ketua Pegawai Eksekutif JETOUR Malaysia, Fu Yong, berkata, acara pemilik sulung ini mencerminkan bagaimana pihaknya merealisasikan strategi Travel+ di Malaysia serta komitmen dalam mempertingkatkan pengalaman pemilikan kenderaan.
"Kami percaya hubungan dengan pelanggan tidak terhenti pada saat pembelian sahaja. Melalui JETOUR Malaysia Club, inisiatif pendidikan seperti JETOUR 101 Car Clinic dan peluasan rangkaian sokongan, kami komited membina komuniti pemilik yang yakin dan saling terhubung, selain memperkukuh asas perkhidmatan selepas jualan," katanya.
Untuk makluman, Jetour Malaysia Club berfungsi sebagai platform khusus untuk para pemilik berinteraksi, berkongsi pandangan serta menyertai pelbagai aktiviti anjuran jenama pada masa hadapan.

Lebih daripada sekadar kelab pemilik konvensional, ia memperkukuh komitmen jangka panjang JETOUR dalam memperkasa hubungan berterusan dengan pelanggan, bukan hanya terhad kepada penyerahan kenderaan semata-mata.
Selain penganjuran acara komuniti, JETOUR Malaysia terus memperluaskan rangkaian jualan serta perkhidmatannya di seluruh negara.
Ketika ini, terdapat 31 pusat jualan dan servis sah termasuk di Sabah dan Sarawak, merangkumi fasiliti 1S, 2S, 3S dan 4S yang menyediakan perkhidmatan jualan, penyelenggaraan, alat ganti serta kemudahan badan dan cat.

Kenderaan JETOUR turut disokong oleh program jaminan komprehensif yang merangkumi jaminan enjin selama 10 tahun atau 1,000,000 km, jaminan kenderaan selama 7 tahun atau 150,000 km, serta lima servis percuma termasuk kos buruh dan alat ganti, sekali memberikan ketenangan minda sepanjang tempoh pemilikan.
Untuk maklumat lanjut mengenai JETOUR Malaysia, layari, https://jetour.com.my
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

