Link Copiedcheck_circle
Global

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad,  Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa namun malangnya, ia hanya dijual  untuk pasaran di Australia.

Ia yang cuma dihasilkan dalam 15 unit sebenarnya bagi  memperingati Litar Mount Panorama yang ikonik. 

Menurut CarExpert, ia adalah sebuah model khas untuk hari trek dengan kuasa lebih tinggi, gaya lebih menonjol, dan tanda harga yang agak mahal.

image.pngimage.png

Difahamkan, setiap unit  menampilkan enjin Mercedes-AMG M139 yang merupakan enjin empat silinder 2.0 liter dengan pengecas turbo yang mampu menghambukan kuasa setakat 500 hp.

Malangnya, Simply Sports Cars masih belum mendedahkan angka prestasinya.

Simply Sports Cars menaik taraf jentera berfokuskan trek ini dengan penyerap hentak boleh laras, brek AP Racing yang dipertingkatkan, serta komponen aerodinamik yang lebih agresif. Ia turut dilengkapi dengan splitter hadapan gentian karbon dan sayap belakang besar gaya GT4.

image.pngimage.pngimage.png

Ia dijual sekitar AS$176,000 dan setiap unit diberi nombor siri secara individu, dan satu-satunya pilihan yang tersedia hanyalah warna rim. Selain itu,, pembeli secara automatik akan dijemput ke hari trek eksklusif Lotus di Bathurst pada tahun 2027.

Setakat ini, sebuah  Emira Turbo Bathurst Edition sudah pun terjual. 

Gallery

Tag:

Lotus Emira
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kereta Sedap, Maka Harga Naik Tapi Ada Sebabnya

Lotus Cars Malaysia mengumumkan pihaknya baru sahaja mengemaskini harga rangkaian model elektrik Eletre Hyper-SUV dan Emira.

18-09-2023

Berita Terkini

Global

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026
Global

MG Cipta Rekod, Jual Lebih 1 Juta Kereta Di Pasaran Eropah, UK

enama MG milik SAIC telah menjadi jenama kereta pertama China yang mencapai jualan terkumpul melebihi satu juta kenderaan di Eropah dan UK.

24-02-2026
Global

Tata Punch EV Facelift 2026 Dilancar, Harga Marhaen, Tapi Bateri Dijual Asing

Tata Motors melancarkan secara rasminya, Punch EV Facelift 2026, ke pasaran tempatan, baru-baru ini.

24-02-2026
Global

Peminat G-Class Kena Bersabar! Pelancaran Versi 'Baby' Ditunda Ke 2027 – Sedang Diuji

Imej intipan terbaru mendedahkan bahawa Mercedes-Benz kini sedang giat menguji model yang digelar sebagai ‘baby G-Class’.

23-02-2026
Global

Ini Dia Model PHEV Pertama Berprestasi Tinggi Daripada Audi, Audi RS5 2026

Audi telah mengikut jejak langkah pesaing Jermannya dengan menyertai gelombang elektrifikasi apabila memperkenalkan model hibrid plug-in (PHEV) berprestasi tinggi pertamanya, iaitu Audi RS5 2026.

20-02-2026
Global

Toyota RAV4 PHEV 2026 Tiba Di Jepun – Ada Varian GR Sport, 324HP, Boleh Jadi Powerbank?

Toyota akhirnya melengkapkan barisan model tersebut di Jepun dengan pelancaran varian hibrid plug-in (PHEV).

20-02-2026
Global

BMW M Bakal 'Serang' Pasaran Dengan 30 Model Baharu Menjelang 2030

BMW M dilaporkan sedang bersedia memasuki mod ‘perang’ apabila mendedahkan rancangannya untuk melancarkan sehingga 30 model baharu sebelum dekad ini melabuhkan tirainya.

20-02-2026