Link Copiedcheck_circle
Global

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Nissan-Kait-2026-13.png


Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini. Walaupun pasaran Amerika Syarikat sudah pun menerima generasi kedua (P16), Nissan nampaknya memilih strategi berbeza untuk rantau ini dengan memperkenalkan kemas kini besar-besaran yang diinspirasikan daripada model Nissan ‘Kait’ di Brazil.


Adakah Reka Bentuk Luarannya Alami Perubahan Besar?


Ya, transformasi kali ini sangat ketara. Walaupun saiznya kekal (4,304mm panjang, 1,760mm lebar), rupa parasnya kelihatan menyerlah dengan aura lebih moden.


Nissan-Kait-2026-10.pngNissan-Kait-2026-9.pngScreenshot-2026-02-24-at-14.46.14.pngNissan-Kait-2026-11.png


Sudut depan kini disematkan dengan lampu LED halus yang bersambung dengan gril melintang bersama logo Nissan di tengah-tengahnya. Paling menarik, kedudukan plat nombor belakang yang dulunya berada pada pintu but kini dialihkan ke bahagian bampar, pada sudut bawah, memberikan imej yang lebih kemas di bahagian belakang. Rim aloi 17 inci dengan rekaan baharu turut melengkapkan gaya sporty model ini.


Bagaimana Pula Dengan Ruang Kabin?


Nissan-Kait-2026-4.pngNissan-Kait-2026-3.pngNissan-Kait-2026-2.png


Tiada lagi papan pemuka (dashboard) ‘old-school’ yang mempunyai bonggol pada sudut penyaman udara. Versi 2026 ini akan meminjam reka bentuk kabin daripada model Kait. Corong udara juga berbeza dengan bentuk segi empat, menggantikan rekaan bulat yang digunakan sebelum ini. 


Masih Kekal Dengan Teknologi e-Power Yang Sama?


Nissan-Kait-2026-6.png


Dedah Autolife Thailand, walaupun model Kait di Brazil menggunakan enjin 1.6L biasa, pasaran Thailand akan tetap setia dengan teknologi e-Power.


Untuk makluman pembaca, sistem ini berfungsi secara unik di mana enjin hanya bertindak sebagai penjana dan tidak memacu roda secara terus. 

Berikut adalah spesifikasi sistem yang akan digunakan sistem e-Power model facelift Kicks 2026 Thailand kelak:

  • Enjin: HR12DE 1.2 liter (3 silinder) sebagai penjana kuasa bateri.
  • Motor Elektrik: Kod EM47 yang menghasilkan 136 hp dan tork 280 Nm.
  • Prestasi: Mampu memecut 0-100 km/j dalam masa 9.5 saat, cukup responsif untuk pemanduan bandar dan lebuh raya.

Sejauh Mana Tahap Keselamatan Nissan Intelligent Mobility?


Nissan-Kait-2026-2.pngNissan-Kait-2026-1.png


Model facelift ini dijangka mengekalkan pakej ADAS yang lengkap termasuk:

  • Kawalan Jelajah Pintar dengan fungsi Stop & Go.
  • Amaran Titik Buta (BSW) & Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA).
  • Brek Kecemasan Autonomi (AEB) & Kamera 360 darjah dengan Pengesan Objek Bergerak.


Bilakah Ia Akan Tiba Di Malaysia?


Nissan-Kait-2026-8.png


Di pasaran tempatan, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) baru sahaja memperkenalkan edisi penggayaan yang sporty, Impul, bagi Nissan Kicks e-Power generasi pertama pada Julai tahun lalu. Kehadiran versi facelift 'Kait' di sana biasanya memberi petanda bahawa giliran Malaysia akan menyusul tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya.

Juga Menarik: Nissan Kicks e-Power Impul Edition: Pakej Sporty Pada Hanya RM8,500

Tag:

Nissan Kicks
Nissan Kicks e-Power
Nissan Kicks e-Power Thailand
Nissan Kicks e-Power Facelift
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru
Kereta Baru
Pandu Uji

16-11-2024
Kereta Baru

01-11-2024
Berita Auto

22-05-2024
Berita Auto

20-05-2024
Global

25-03-2024
Kereta Baru

24-07-2025

Berita Terkini

Global
Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global
Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026
Global
MG Cipta Rekod, Jual Lebih 1 Juta Kereta Di Pasaran Eropah, UK

MG Cipta Rekod, Jual Lebih 1 Juta Kereta Di Pasaran Eropah, UK

enama MG milik SAIC telah menjadi jenama kereta pertama China yang mencapai jualan terkumpul melebihi satu juta kenderaan di Eropah dan UK.

24-02-2026
Global
Tata Punch EV Facelift 2026 Dilancar, Harga Marhaen, Tapi Bateri Dijual Asing

Tata Punch EV Facelift 2026 Dilancar, Harga Marhaen, Tapi Bateri Dijual Asing

Tata Motors melancarkan secara rasminya, Punch EV Facelift 2026, ke pasaran tempatan, baru-baru ini.

24-02-2026
Global
Peminat G-Class Kena Bersabar! Pelancaran Versi 'Baby' Ditunda Ke 2027 – Sedang Diuji

Peminat G-Class Kena Bersabar! Pelancaran Versi 'Baby' Ditunda Ke 2027 – Sedang Diuji

Imej intipan terbaru mendedahkan bahawa Mercedes-Benz kini sedang giat menguji model yang digelar sebagai ‘baby G-Class’.

23-02-2026
Global
Ini Dia Model PHEV Pertama Berprestasi Tinggi Daripada Audi, Audi RS5 2026

Ini Dia Model PHEV Pertama Berprestasi Tinggi Daripada Audi, Audi RS5 2026

Audi telah mengikut jejak langkah pesaing Jermannya dengan menyertai gelombang elektrifikasi apabila memperkenalkan model hibrid plug-in (PHEV) berprestasi tinggi pertamanya, iaitu Audi RS5 2026.

20-02-2026
Global
Toyota RAV4 PHEV 2026 Tiba Di Jepun – Ada Varian GR Sport, 324HP, Boleh Jadi Powerbank?

Toyota RAV4 PHEV 2026 Tiba Di Jepun – Ada Varian GR Sport, 324HP, Boleh Jadi Powerbank?

Toyota akhirnya melengkapkan barisan model tersebut di Jepun dengan pelancaran varian hibrid plug-in (PHEV).

20-02-2026
Global
BMW M Bakal 'Serang' Pasaran Dengan 30 Model Baharu Menjelang 2030

BMW M Bakal 'Serang' Pasaran Dengan 30 Model Baharu Menjelang 2030

BMW M dilaporkan sedang bersedia memasuki mod ‘perang’ apabila mendedahkan rancangannya untuk melancarkan sehingga 30 model baharu sebelum dekad ini melabuhkan tirainya.

20-02-2026