- Berita
- Kereta Baru
- SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

Hyundai Motor Malaysia (HMY) membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.


Pada majlis itu, HYM turut menayangkan kedua-dua model berkenaan pada media dimana kedua-dua model berkenaan dijangka tiba di pasaran tempatan menjelang suku kedua tahun ini.
Mengimbas kembali, pengedar terdahulu Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) pernah menunjukkan Ioniq 5 N dalam beberapa bulan sebelum penubuhan HMY dan pengambilalihan rasmi usaha pengedaran jenama Hyundai di Malaysia.
Walaupun Ioniq 5 N tidak dilancarkan secara rasmi oleh HSDM, beberapa unit telah dibawa masuk dan dijual kepada pembeli peringkat atasan.

Berasaskan crossover EV Ioniq 5 yang mendapat pujian, versi N yang lebih berkuasa ini menampilkan tetapan dwi-motor yang dipacu oleh pek bateri LFP 84 kWh, dimana ia mampu menghasilkan kuasa keseluruhan sebanyak 650 PS dan 770 Nm. Kesemua kuasanya disalurkan ke keempat-empat roda (AWD), lengkap dengan penukaran gear simulasi.


Untuk itu, ia mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 3.4 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum terhad 260 km/j. Sudah tentu, prestasi tinggi ini menjejaskan jarak pemanduan, namun jarak maksimum berpenarafan WLTP sebanyak 448 km masih boleh dianggap memuaskan.


Sementara itu, Ioniq 6 N pula lebih aerodinamik dan berbentuk sedan empat pintu berkongsi bateri namun menggunakan tetapan motor yang sama. Model ini mampu memecut dari 0-100 km/j yang sedikit lebih pantas iaitu 3.2 saat, selain jarak maksimum WLTP yang lebih panjang, iaitu 487 km.
Kedua-duanya turut tampil dengan rupa yang lebih garang menerusi penambahan seperti arca roda yang dilebarkan, rim aloi yang lebih besar dan bergaya, kit aerodinamik penuh, dan banyak lagi. Yang penting, kedua-duanya juga mendapat talaan khas pada casis, brek serta bantuan pemandu bagi meningkatkan kelincahan.


Malangnya, harga masih belum didedahkan namun pihak atasan HMY memberi jaminan bahawa maklumat penuh akan diumumkan pada masa yang sesuai.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/