Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sasaran Tahun Ini: Proton Hasrat Jual 200,000 Unit Kenderaan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Proton meletakkan sasaran jualan sebanyak 200,000 unit pada tahun ini.

Angka tersebut menandakan peningkatan sebanyak 26% berbanding 157,976 unit yang berjaya dijual Proton sepanjang tahun lalu (2025). Bagaimanapun, jumlah yang dicapai tahun lalu merangkumi gabungan jualan domestik dan eksport luar negara.

Bagi mencapai sasaran ini, Proton turut menetapkan beberapa sasaran  sebagai pelengkap. Antaranya termasuk menjadikan model Saga generasi keempat terbaharu sebagai model terlaris No 1 di Malaysia, menjadikan jenama Proton e.MAS sebagai jenama kenderaan elektrik (EV) No 1 di Malaysia, serta memastikan e.MAS 7 PHEV yang bakal dilancarkan muncul sebagai tawaran hibrid plug-in (PHEV) No 1 di Malaysia.

Dr Li turut menerangkan mengenai pelan “30+30+30 menjelang 2030” yang telah dibentangkan Proton pada Januari 2025. Pelan tersebut menyasarkan 30% jualan disumbangkan oleh model elektrifikasi (hibrid dan EV), diikuti 30% lagi daripada eksport ke luar negara merangkumi 30 pasaran eksport. Proton menyasarkan untuk mencapai semua ini menjelang tahun 2030.

Sememangnya, angka-angka ini merupakan sasaran yang cukup tinggi bagi Proton. Tidak boleh dilupakan bahawa untuk mencapainya, pengeluar automotif yang berpangkalan di Tanjong Malim ini juga perlu berusaha untuk menewaskan pesaing  iaitu Perodua – yang kini merupakan pengeluar automotif No 1 yang tidak dipertikaikan di Malaysia, serta No 2 di ASEAN.

Bagaimanapun, Dr Li dilihat yakin untuk memacu Proton ke arah sasaran-sasaran ini bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif yang baru dilantik, Datuk Abdul Rashid Musa. Tambahan pula, visi pengeluar automotif ini turut diperkukuhkan oleh pencapaian-pencapaian terkini sepanjang tahun 2025 termasuk pelancaran produk baharu serta inisiatif AHTV.

Bercakap mengenai produk, Dr Li turut mengesahkan beberapa perkara yang telah lama kami jangkakan. Selain pengenalan Proton e.MAS 7 PHEV, versi kemas kini bagi sedan segmen C S70 dan SUV segmen D tiga baris X90 turut disahkan akan dilancarkan tahun ini. Kedua-duanya berkemungkinan menggunakan enjin empat silinder baharu yang dikongsi dengan X50 dan X70.

Selain itu, Dr Li turut memberi bayangan mengenai beberapa model baharu yang akan dibangunkan berasaskan platform AMA milik Saga generasi keempat. Namun, beliau tidak mendedahkan butiran lanjut. Sebaliknya, beliau hanya mengesahkan sekurang-kurangnya tiga model telah dirancang, kesemuanya menggunakan platform tersebut.





Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto

BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam.

01-04-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto

Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!

31-03-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

Polis Daerah Jasin kini sedang giat mengesan seorang pemandu van yang terlibat dalam kemalangan di Simpang Kerayong, Melaka.

31-03-2026