- Berita
- EV
- SUV Elektrik Zeekr 7X Terbukti 'Ganas' Tempuhi Cabaran Off-Road Di Sepang Bay 13
SUV Elektrik Zeekr 7X Terbukti 'Ganas' Tempuhi Cabaran Off-Road Di Sepang Bay 13

Siapa kata SUV elektrik hanya untuk kegunaan ‘manja’ di kawasan bandar dan mengunjugi pusat beli-belah? Jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) premium dari China, Zeekr, berjaya memadamkan stigma tersebut melalui model Zeekr 7X.
Bagi membuktikan keupayaan sebenar jentera ini, Zeekr Intelligent Technology Malaysia (Zeekr Malaysia) telah menganjurkan acara Zeekr 7X Beyond Drive Experience di Sepang Bay 13 Off-Road Ranch, bulan lalu. Acara ini memberi peluang kepada pemilik dan media untuk ‘menyeksa’ Zeekr 7X di atas jalan raya dan juga di laluan off-road.
Prestasi Zeekr 7X Di Jalan Tar
Bayangkan sebuah SUV elektrik yang selesa di lebuh raya, tetapi tangkas seperti kereta sport di litar. Itulah yang ingin dibuktikan Zeekr melalui sesi pemanduan on-road.
Selain menguji ‘kehalusan’ pemanduan harian dan sistem bantuan pemandu, 7X turut 'didera' di litar lurus dan slalom. Ujian ini direka khusus untuk menunjukkan bahawa aspek kawalan dan prestasi adalah antara ciri menarik pada model 7X ini.
Prestasi Zeekr 7X Di Laluan Off-Road
Dengan bantuan pengajar profesional, Zeekr 7X juga dibawa menempuhi halangan yang biasanya hanya mampu ‘ditembusi’ oleh trak pikap 4x4. Dalam ujian tersebut, jentera ini berjaya melepasi ujian Side Slope, bukit curam (Steep Hill Climb & Descent), Elephant Steps dan juga meredah air.
Semua ini dapat ditempuhi dengan mudah kerana kewujudan sistem casis yang boleh dilaraskan ketinggiannya, sekali gus memberikan sudut sua (approach) dan lepas (departure) yang lebih baik agar bampar tidak tersangkut.

Di laluan Adventure Trail sejauh 1.6 km, sistem Zeekr Magic Carpet Suspension dan Distributed Traction Control menyerlahkan kemampuannya untuk memastikan kereta tetap stabil walaupun di atas permukaan yang tidak rata.


Aktiviti yang paling mencuri tumpuan sudah tentulah Rally Experience Taxi Ride. Dalam sesi ini, Zeekr 7X AWD Performance yang dipadankan dengan tayar All-Terrain (AT) beraksi di litar rali.
Peserta dibawa merasai pengalaman ‘terbang’ dan menggelongsor di laluan tanah merah sejauh 1.5 km. Bayangkan sebuah SUV elektrik memecut sehingga 120 km/j di atas jalan tidak rata, ini membuktikan ketahanan struktur dan kuasa motor elektriknya yang sangat responsif.
Juga Menarik: Zeekr 7X Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM179,800
Apa Kata Bos Zeekr Malaysia Mengenai Kemampuan 7X?
Pengurus Besar Zeekr Intelligent Technology Malaysia, Eddy Lu, menegaskan bahawa Zeekr 7X dibina untuk situasi pemanduan dunia sebenar yang mencabar.


"Sepanjang dua hari ini, pengalaman pemanduan lasak ini membolehkan peserta merasai sendiri prestasi kenderaan dalam pelbagai persekitaran. Daripada pemanduan defensif di jalan raya sehingga ke pendakian bukit yang curam, 7X benar-benar telah melangkaui batas pemanduan harian biasa," katanya.
Juga Menarik: Zeekr 7X Generasi Seterusnya Didedahkan – Cecah 784 HP, Capai 802 KM, Cas Hanya 10 Minit!
Juga Menarik: Siti Nurhaliza, Pemilik Zeekr 7X Yang Ke-2,000

Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv



