Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Aidilfitri 2026: Jangan Risau Nak Balik Kampung Sebab KTMB Tambah 26 Tren Lagi

Suhana Veru

Kongsi melalui


Untitled-design---2026-03-02T093251.915.jpg

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah sebanyak 26 perjalanan tren tambahan bagi tempoh 17 Mac hingga 29 Mac 2026 untuk memenuhi permintaan tinggi orang ramai yang pulang ke kampung halaman.

Daripada jumlah tersebut, 18 perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan 8 perkhidmatan EMUPlus akan beroperasi sebagai langkah proaktif susulan tiket perkhidmatan sedia ada yang hampir habis terjual bagi tempoh berkenaan.

Sepanjang tempoh operasi, tren ETS tambahan dan EMUPlus akan menyediakan 8,118 tempat duduk sehari, termasuk pilihan Kelas Perniagaan, menjadikan jumlah keseluruhan 105,534 tempat duduk bagi menampung lonjakan penumpang menyambut Hari Raya Aidilfitri. I

ni menjadikan jumlah keseluruhan tempat duduk yang ditawarkan sepanjang tempoh sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah sebanyak 285,714 yang merangkumi 70 perjalanan sehari dengan purata harian 21,978 tempat duduk.

Perkhidmatan tambahan ini melibatkan perjalanan pergi dan balik seperti berikut:

Perkhidmatan ETS:-

• 8perjalanan laluan JB Sentral – KL Sentral – JB Sentral

• 6perjalanan laluan Ipoh – KL Sentral – Ipoh

• 2perjalanan laluan Butterworth – KL Sentral – Butterworth

• 2perjalanan laluan Padang Besar – KL Sentral – Padang Besar

Perkhidmatan EMUPlus:-

• 8 perjalanan laluan Ipoh – KL Sentral - Ipoh Sebanyak 10 perjalanan tren ETS tambahan akan mula dijual pada 1 Mac 2026 (Ahad) jam 12.00 tengah hari, manakala baki 16 perjalanan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Perkhidmatan Ekspres Lambaian Aidilfitri (ELA) edisi Pantai Timur & Utara

Perkhidmatan Ekspres Lambaian Aidilfitri (ELA) edisi Pantai Timur akan beroperasi pada 18 Mac bagi laluan KL Sentral – Tumpat dan 22 Mac bagi laluan Tumpat – KL Sentral. Sebanyak 792 tiket ditawarkan termasuk koc tempat tidur bagi perkhidmatan ini.

Perkhidmatan ini menawarkan koc tempat tidur superior dengan 120 katil bagi setiap perjalanan, selain koc tempat duduk Kelas Premier dan Kelas Superior, bagi memberikan pilihan perjalanan yang lebih selesa dan fleksibel kepada penumpang.

Tambang sehala ditawarkan bermula serendah RM80.00 bagi Kelas Superior dan tambang bagi tempat tidur Kelas Superior RM90.00 (Katil Atas) dan RM95.00 (Katil Bawah) serta Kelas Premier, RM95.00.

Bagi perkhidmatan ELA edisi Utara, tren khas ini melibatkan laluan KL Sentral – Padang Besar – KL Sentral.

Tren ini akan beroperasi dengan empat (4) perkhidmatan, pada 17 Mac dan 22 Mac bagi laluan KL Sentral – Padang Besar serta 18 Mac dan 23 Mac bagi laluan Padang Besar – KL Sentral. Sebanyak 1,200 tiket ditawarkan bagi koc tempat duduk Kelas Superior dengan kadar tambang RM70.00 sehala.

Tiket boleh diperoleh secara tanpa tunai melalui aplikasi KITS Style, laman sesawang rasmi KTMB di www.ktmb.com.my, atau di mesin kios KTMB di stesen terpilih.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-9779 1200 atau melayari platform media sosial rasmi KTMB untuk mendapatkan maklumat terkini.

Gallery

Tag:

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

PRN N9: KTMB Tawar Tren Tambahan

Pulang Mengundi Bebas Kesesakan: KTMB Tambah Perjalanan ETS & Komuter.

30-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Tahun Baharu Cina, Aidilfitri: KTMB Tambah 8 ETS

Jangan risau nak balik kampung pada tahun ini kerana KTMB sediakan 8 ETS tambahan.

30-01-2026
Berita Auto

KTMB Sasar 1.2 Juta Penumpang Naik ETS3 Tahun Ini

KTMB menyasarkan 1.2 juta penumpang menggunakan ETS3 tahun ini.

05-01-2026
Berita Auto

ETS3 Dari KL-JB, JB-KL Sudah Beroperasi, Tempoh Perjalanan Hanya 4.5 Jam

Perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) bagi laluan KL Sentral–Johor Bahru, sudah pun bermula hari ini.

12-12-2025
Berita Auto

KTMB Tawar Diskaun 30% Selama Sebulan Sempena Pembukaan ETS Ke JB Sentral

KTMB menawarkan diskaun 30% sempena pembukaan ETS JB Sentral bermula dari 12 Disember ini hingga 11 Januari 2026.

09-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026