Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton Saga MC3 2026 Masuk Brunei, Ada 2 Varian, Harga Bermula Hanya RM52,000

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Susulan pelancaran berjaya All-New Proton Saga di Malaysia, Proton International Corporation Sdn. Bhd. (PICSB) kini memperkenalkan Proton Saga MC3 2026 di Brunei Darussalam sebagai pasaran antarabangsa pertama.

Bagi pasaran Brunei, All-New Proton Saga ditawarkan seperti berikut:

• Varian dan Harga: Executive: B$16,800 | Premium: B$18,800.

• Tawaran Awal: Diskaun B$500 untuk 100 pelanggan terawal.

• Pakej Servis: Waranti lima tahun atau 150,000 km serta tiga kali servis percuma upah buruh.

Pengenalan ini mencerminkan kedudukan Brunei sebagai rakan luar negara utama PROTON, selain menjadikan Saga model kedua dilancarkan di negara itu pada tahun 2026 selepas Proton X50 pada 15 Januari.

Built-on-PROTON’s-proprietary-AMA-platform,-the-Proton-Saga-underscores-the-company’s-commitment-to-high-value-manufacturing-and-local-technological-innovation.jpg

Ketua Pegawai Eksekutif, Proton International Corporation Sdn. Bhd. (PICSB), Edmund Lim Meng Thong berkata, pelancaran All-New Proton Saga di Brunei mencerminkan hasrat PROTON untuk meningkatkan volum eksport dengan memperkukuh kehadiran dalam segmen peringkat permulaan di pasaran serantau.

Edmund-Lim-Meng-Thong-Chief-Executive-Officer-of-Proton-International-Corporation-Sdn.-Bhd.-(PICSB).JPG

"Dengan memanfaatkan teknologi proprietari seperti platform AMA, kami menyasarkan peningkatan pegangan pasaran di ASEAN serta memperkukuh strategi pertumbuhan berteraskan eksport selaras dengan matlamat jangka panjang syarikat,”katanya dalam satu kenyataan.

Sebagai model eksport pertama yang dibina berasaskan platform Advanced Modular Architecture (AMA), All-New Proton Saga menerima penambahbaikan dari segi struktur, keselamatan dan keterhubungan, termasuk enam beg udara serta unit infotainmen bersaiz 12 inci.

Penambahbaikan ini memperkukuh daya saing model tersebut dalam segmennya, selari dengan peranan eksport sebagai pemacu utama pertumbuhan masa hadapan PROTON.

Platform AMA turut mencerminkan komitmen PROTON terhadap pembangunan kejuruteraan tempatan dan pembuatan bernilai tinggi. Disokong pembangunan Automotive High-Tech Valley (AHTV), PROTON sedang memperkukuh asas pembuatan dan rantaian bekalan berteknologi tinggi bagi memposisikan Tanjong Malim sebagai hab automotif pemanduan sebelah kanan utama di rantau ini untuk pembangunan kenderaan generasi baharu.

Dengan lebih 20,000 unit telah didaftarkan sejak pelancarannya di Malaysia, prestasi All-New Proton Saga memberi keyakinan untuk pengembangannya ke pasaran Brunei.

Momentum ini turut disokong oleh pertumbuhan eksport PROTON yang merekodkan 6,000 unit tahun lalu, selaras dengan sasaran menjadikan eksport menyumbang 30 peratus daripada jumlah jualan menjelang 2030 serta memperluas kehadiran ke sekurang-kurangnya 32 negara.







Gallery

Tag:

Proton Saga MC3
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Tips
4 Model Kereta Paling Jimat Minyak Untuk e-Hailing

4 Model Kereta Paling Jimat Minyak Untuk e-Hailing

Bagi yang mahu menceburi bidang e-hailing, ini 4 model kereta yang boleh dipertimbangkan.

07-04-2026
Berita Auto
Program Lanjutan Waranti Proton Saga MC3 2026 -Hanya RM1,200

Program Lanjutan Waranti Proton Saga MC3 2026 -Hanya RM1,200

Anda boleh menambahkan waranti ke atas bahagian enjin dan kotak gear pada harga RM1,200.

30-03-2026
Berita Auto
Dalam Sebulan Proton Saga MC3 2026 Lepasi Jualan 10,000 Unit, Ada Sebabnya!

Dalam Sebulan Proton Saga MC3 2026 Lepasi Jualan 10,000 Unit, Ada Sebabnya!

Proton Saga MC3 2026 mencatatkan jualan sebanyak 10,000 unit sebaik dilancarkan secara rasmi pada 27 November lalu. .

05-01-2026
Kereta Baru
Proton Saga 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM37,990 Dengan Rebat RM1,000

Proton Saga 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM37,990 Dengan Rebat RM1,000

Proton Saga MC3 2026 kini rasmi di Malaysia. Dikuasakan enjin 1.5L N.A. baharu, Saga 2026 hadir dengan sistem ADAS lengkap dan casis yang telah dinaiktaraf. Ini info selanjutnya...

27-11-2025
Pandu Uji
Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu

Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu

Ini dia tujuh perkara menarik yang perlu anda tahu tentang sedan segmen A, Proton Saga generasi keempat (Saga MC3).

04-11-2025
Berita Auto
Pengeluaran Proton Saga Di Kilang Shah Alam Ditamatkan

Pengeluaran Proton Saga Di Kilang Shah Alam Ditamatkan

Carz.com.my terlihat satu perkongsian oleh kakitangan Proton (di sini) yang mendedahkan bahawa pengeluaran bagi Proton Saga keluaran semasa di Shah Alam kini telah tiba di penghujung.

28-09-2025
Berita Auto
EPMB Terus Catat Keuntungan, Sasar Pasaran Eksport Dengan Model Baharu

EPMB Terus Catat Keuntungan, Sasar Pasaran Eksport Dengan Model Baharu

EP Manufacturing Berhad (EPMB) menutup tahun kewangan dengan pencapaian yang membanggakan.

03-03-2025
Berita Auto
EPMB Jalin Kerjasama Dengan Sanly, Julin China Untuk Tingkatkan Pengeluaran Saga MC3

EPMB Jalin Kerjasama Dengan Sanly, Julin China Untuk Tingkatkan Pengeluaran Saga MC3

EPMB turut menjalin kerjasama dengan Jujin China untuk menghasilkan kerusi kereta Proton secara tempatan.

26-02-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026