Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Proton Saga 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM37,990 Dengan Rebat RM1,000

Sofea Najmi

Kongsi melalui


thumb-proton-saga.png


Selepas kemunculan awam pertamanya di Sidang Kemuncak ASEAN 2025 dan pratonton eksklusif media, Proton hari ini secara rasmi melancarkan Proton Saga MC3 (2026) serba baharu yang dinantikan-nantikan rakyat Malaysia. Acara yang berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) itu menyaksikan model ini dilancarkan pada harga pelancaran bermula dari hanya RM37,990- RM48,990 sehingga 31 Disember ini.  


Seperti yang diuar-uarkan sebelum ini, tiga varian ditawarkan iaitu Standard, Executive, dan Premium.


Apakah Spesifikasi Enjin Terbaru Pada Proton Saga 2026?


Ketiga-tiga varian Saga baharu (Standard, Executive, dan Premium) dikuasakan oleh enjin baharu yang sama iaitu enjin i-GT 1.5 liter 4 silinder aspirasi natural. Enjin ini menghasilkan kuasa 120 PS dan 150 Nm tork.


web_MA_CariCarz_Proton-Saga-Preview_Premium-Variant_-3.jpg


Walaupun berkongsi blok enjin sama seperti pada model X50 versi facelift, enjin Saga ini tidak menggunakan pengecas turbo atau sistem suntikan terus. Varian Standard dan Executive menggunakan transmisi automatik 4 kelajuan (4AT), manakala varian Premium dipadankan dengan gear CVT automatik.


CariCarz-SN-Proton-Saga-Launched-10.jpegCariCarz-SN-Proton-Saga-Launched-11.jpeg


Menurut Proton, angka purata penjimatan bahan api adalah antara 4.9 liter/100 km hingga 5.1 liter/100 km. 


Apakah Teknologi & Kelengkapan Kabin Yang Menarik Pada Proton Saga 2026?


web_MA_CariCarz_Proton-Saga-Preview_Executive-Variant_-16.jpgweb_MA_CariCarz_Proton-Saga-Preview_Premium-Variant_-33.jpgweb_MA_CariCarz_Proton-Saga-Preview_Premium-Variant_-41.jpgweb_MA_CariCarz_Proton-Saga-Preview_Premium-Variant_-36.jpg


Ciri menyerlah pada ruang kabin Saga MC3 adalah kehadiran sistem infotainmen skrin sentuh 9 inci baharu (hanya untuk varian Premium & Executive). Skrin ini menyokong sambungan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar serta sistem paparan kamera undur. Paparan ini dipadankan dengan kluster meter digital 7 inci.


CariCarz-SN-Proton-Saga-Launched-3.jpeg


Turut disediakan adalah pelbagai port pengecasan USB, pilihan upholsteri fabrik atau kulit, dan kemudahan lain yang dipertingkatkan.


Adakah Saga Baharu Lebih Selamat & Kukuh?


web_MA_CariCarz_Proton-Saga-Preview_Premium-Variant_-10.jpgweb_MA_CariCarz_Proton-Saga-Preview_Executive-Variant_-7.jpgweb_MA_CariCarz_Proton-Saga-Preview_Premium-Variant_-6.jpgweb_MA_CariCarz_Proton-Saga-Preview_Premium-Variant_-13.jpgweb_MA_CariCarz_Proton-Saga-Preview_Executive-Variant_-12.jpgweb_MA_CariCarz_Proton-Saga-Preview_Executive-Variant_-4.jpg


Proton Saga 2026  Premium (kiri) & Executive (kanan)


Saga MC3 telah direka agar lebih ‘gagah’ dan tampil lebih pintar berbanding versi terdahulu. Ia masih menggunakan platform AMA yang sama tetapi kini diperkukuh untuk keselamatan dan kestabilan yang lebih baik.


Proton mendakwa bahawa platform AMA adalah “fleksibel dan bersedia untuk masa hadapan”, serta direka untuk memenuhi piawaian keselamatan, prestasi dan kecekapan antarabangsa.


CariCarz-SN-Proton-Saga-Launched-4.jpeg


Model ini ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu Marine Blue, Space Grey, Ruby Red, Snow White dan Armour Silver. 


Ia kini menggunakan binaan Elektrikal dan Elektronik (E&E) baharu yang membolehkan fungsi pintar seperti Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) diperkenalkan.


Peningkatan menarik lain adalah termasuk pemasangan suspensi MacPherson strut hadapan dan torsion beam belakang yang dinaik taraf serta penggunaan brek cakera pada semua roda (tiada lagi brek dram belakang). Selain itu, buat pertama kali untuk Saga, pengenalan sistem stereng kuasa elektrik (EPS) penuh.


Varian Tertinggi, Saga Premium, Dilengkapi ADAS Komprehensif?


web_MA_CariCarz_Proton-Saga-Preview_Premium-Variant_-24.jpgweb_MA_CariCarz_Proton-Saga-Preview_Premium-Variant_-7.jpg


Ya, walaupun model mampu milik, Saga versi tertinggi, Premium, hadir dengan ciri keselamatan ADAS yang komprehensif selain enam beg udara yang membolehkannya menerima penarafan ASEAN NCAP empat bintang. Berikut adalah antara ciri yang disediakan: 


  • Amaran dan Pencegahan Perlanggaran Hadapan (FCW & AEB)
  • Amaran Berlepas Hadapan (FDA)
  • Amaran Keluar Laluan (LDW)
  • Pemantauan Titik Buta (BSM)
  • Amaran Perlanggaran Belakang (RCW)
  • Amaran Trafik Lintasan Belakang (RCTA)
  • Bantuan Penukaran Laluan (LCA)
  • Amaran Pembukaan Pintu (DOW)

CariCarz-SN-Proton-Saga-Launched-6.jpegCariCarz-SN-Proton-Saga-Launched-7.jpeg


Bagaimanapun, varian Standard dan Executive pula menawarkan asas keselamatan yang memadai untuk pembeli yang mementingkan bajet, seperti dua beg udara, cagak ISOFIX, ABS dan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC).


Berapakah Harga Jualan Proton Saga 2026 Di Malaysia?


CariCarz-SN-Proton-Saga-Launched-1.jpeg


Lima pakej diumumkan semasa pelancaran. Pro-Warranty didatangkan secara standard, Pro-Trade-In, Pro-Xchange, Pro-Finance dan Pro-Shield hanya ditawarkan untuk pembelian sehingga 31 Disember ini. 


Proton Saga 2026 kini ditawarkan di pasaran pada harga pelancaran bersama rebat RM1,000 menjadikan harga jualan hanya RM37,990 untuk varian Standard, RM43,990 untuk Executive dan RM48,990 untuk Premium sehingga 31 Disember ini. Pembelian didatangkan standard dengan pakej waranti Pro-Warranty selama 5 tahun/150,000 km. 

Baca: Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu

Tag:

Proton Saga MC3 2026
proton saga
Proton Saga MC3
Proton Saga 2026
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Proton Saga Masih Raja, S70 Pula Pecah Rekod! Ini Sebab Kenapa PROTON Semakin Diminati pada 2026
Kereta Baru
SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

Bagaimanapun, Proton masih mengunci mulut.

06-05-2026
Berita Auto
Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman

Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman

Proton terus mengukuhkan cengkamannya dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatatkan prestasi jualan suku pertama tertinggi dalam tempoh 22 tahun,

03-04-2026
Berita Auto
Program Lanjutan Waranti Proton Saga MC3 2026 -Hanya RM1,200

Program Lanjutan Waranti Proton Saga MC3 2026 -Hanya RM1,200

Anda boleh menambahkan waranti ke atas bahagian enjin dan kotak gear pada harga RM1,200.

30-03-2026
Berita Auto
Perodua Alza Ada Lawan? Lakaran Proton Saga MPV Mula Viral, Bakal Jadi Kereta 7-Seater Paling Murah Malaysia?"
Berita Auto
Proton Laku Keras! Dalam 2 Bulan, 33,399 Unit Terjual, Pesaing Lain Mula Terasa Bahang

Proton Laku Keras! Dalam 2 Bulan, 33,399 Unit Terjual, Pesaing Lain Mula Terasa Bahang

Nampaknya 2026 bakal menjadi tahun keramat buat PROTON selepas memecahkan rekod jualan 15 tahun pada Januari lalu dan terbaharu sebanyak 13,566 unit terjual pada Februari sahaja!

04-03-2026
Berita Auto
Dalam Bulan Jan 2026 Sahaja, Proton Jual 19,833 Kereta, Paling Ramai Beli Proton Saga

Dalam Bulan Jan 2026 Sahaja, Proton Jual 19,833 Kereta, Paling Ramai Beli Proton Saga

Sebanyak 19,833 unit kereta pada Januari sahaja sekali gus dikatakan antara, jualan bulanan tertinggi yang pernah dicatatkan PROTON dalam tempoh 15 tahun.

04-02-2026
Berita Auto
Proton Sokong Program Trade-In, Bantu Kurangkan Kos Beli Kereta Baharu

Proton Sokong Program Trade-In, Bantu Kurangkan Kos Beli Kereta Baharu

PROTON mengumumkan bahawa semua model terlibat dalam penawaran insentif tukar beli kepada pelanggan yang menukar kenderaan berusia 20 tahun atau lebih.

29-01-2026

Berita Terkini

Kereta Baru
Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026
Kereta Baru
Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.

14-05-2026
Kereta Baru
Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.

13-05-2026
Kereta Baru
Adakah DENZA B8 SUV Paling 'King' Tahun Ini?
Kereta Baru
Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900

Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900

Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!

08-05-2026
Kereta Baru
Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.

08-05-2026
Kereta Baru
Subaru Crosstrek 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Unit CBU Jepun, RM190,788

Subaru Crosstrek 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Unit CBU Jepun, RM190,788

Subaru Crosstrek 2026 rasmi dilancarkan di Malaysia.

06-05-2026
Kereta Baru
SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

Bagaimanapun, Proton masih mengunci mulut.

06-05-2026