Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu

Sofea Najmi

Kongsi melalui

B-044.jpg


Setelah melihat, merasai dan memandu model ini di litar berdekatan kilang Proton di Tanjong Malim baru-baru ini, ini dia tujuh perkara menarik yang perlu anda tahu tentang sedan segmen A, Proton Saga generasi keempat (Saga MC3) yang bakal muncul di pasaran tidak lama lagi dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium.


1. Platform Lama Tetapi 'Rasanya' Berbeza


B-066.jpg


Proton telah membuat keputusan untuk mengekalkan platform casis AMA model Saga sedia ada. Ini menjelaskan mengapa ukuran badannya iaitu panjang jarak roda kekal sama pada 2,465 mm. Walau bagaimanapun, ada beberapa perubahan dibuat pada casis kali ini iaitu:

  • Casis Lebih Pintar & Kukuh: Casis lama telah diperkukuh dan dijadikan lebih pintar dengan penggunaan binaan elektrikal dan elektronik (E&E) baharu. Binaan ini membolehkan fungsi moden seperti Sistem Bantuan Pemanduan Lanjutan (ADAS) dimasukkan.
  • NVH & Pemanduan Mantap: Pengukuhan casis bukan sahaja meningkatkan kualiti pengendalian dan dinamik pemanduan, tetapi turut menyumbang kepada tahap penyerapan bunyi, getaran dan kekasaran (NVH) yang jauh lebih baik.

Selain itu, Saga baharu kini menggunakan brek cakera pada semua roda, bermakna brek dram yang sebelum ini digunakan pada roda belakang sudah disingkirkan. Turut hadir dalam model kali ini ialah sistem stereng kuasa elektrik (EPS), menggantikan sistem hidraulik pada versi lama.


2. Enjin 1.5L 'i-GT' Seperti Pada X50


web_MA_CariCarz_Proton-Saga-Preview_Premium-Variant_-3.jpg


Perubahan penting seterusnya terletak di bawah hud. Saga baharu menggunakan enjin petrol 1.5 liter 4 silinder 'i-GT' yang dihasilkan Proton. Walaupun ini merupakan blok enjin yang sama dengan yang digunakan pada X50, versi pada model Saga ini adalah lebih ringkas, iaitu tanpa pengecas turbo dan tanpa sistem suntikan terus. 


web_MA_CariCarz_Proton-Saga-Preview_slides_-11.jpg


Enjin ini menjana kuasa 120 PS (88 kW) dan tork 150 Nm, angka yang cukup baik untuk sebuah sedan segmen A. Dengan pengubahsuaian dan rantaian pemasaan (timing chain) baharu, Proton mendakwa tahap penggunaan bahan api secara puratanya adalah antara 4.9 hingga 5.1 liter/100 km.


3. Sistem CVT Yang Lebih Baik?


B-023.jpgB-050.jpgB-066.jpg


Isu penting yang menjadi perhatian adalah penggunaan sistem transmisi CVT automatik. Transmisi yang pernah dihujani kritikan pada model Saga sebelum ini kini menurut Proton, telah diperbaik. Bagaimanapun, Proton enggan mendedahkan maklumat terperinci semasa sesi pratonton mengenai transmisi ini yang hanya eksklusif ditawarkan pada varian Premium. 


web_MA_CariCarz_Proton-Saga-Preview_Premium-Variant_-34.jpg


Apa yang pasti, setelah dipandu uji, CVT baharu ini terasa lebih lancar dan jauh lebih responsif, dan yang paling penting, lebih senyap berbanding model Saga lama. Bunyi enjin 'mengaum' yang sering dikaitkan dengan CVT lama kini hampir hilang.


Transmisi automatik empat kelajuan (4AT) daripada Aisin masih dikekalkan pada varian Standard dan Executive. Tetapi kali ini telah diberikan talaan semula untuk disesuaikan dengan enjin i-GT yang terbaru. Buat masa ini, tiada pilihan transmisi manual ditawarkan, namun ada khabar angin yang mengatakan bahawa versi ini  mungkin akan dipertimbangkan di masa hadapan.


4. Apple CarPlay & Android Auto Tanpa Wayar


web_MA_CariCarz_Proton-Saga-Preview_slides_-22.jpg


Ciri yang paling dinanti-nantikan ramai, sambungan Apple CarPlay dan Android Auto dengan mudah tanpa wayar juga disediakan. Ciri ini adalah tarikan utama pada skrin infotainmen kawalan sentuhan bersaiz 9 inci yang terdapat pada varian Executive dan Premium.


web_MA_CariCarz_Proton-Saga-Preview_Premium-Variant_-42.jpgweb_MA_CariCarz_Proton-Saga-Preview_Premium-Variant_-41.jpg


Aura futuristik terserlah daripada penggunaan panel yang lebar menggabungkan kedua-dua skrin infotainmen dan juga skrin instrumen digital 7 inci yang interaktif. Ciri moden lain yang disediakan adalah seperti sistem kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin dan port pengecasan USB.


5. Sentuhan Unik Yang Menarik Pandangan


web_MA_CariCarz_Proton-Saga-Preview_Premium-Variant_-10.jpgweb_MA_CariCarz_Proton-Saga-Preview_Premium-Variant_-13.jpgweb_MA_CariCarz_Proton-Saga-Preview_Premium-Variant_-6.jpgweb_MA_CariCarz_Proton-Saga-Preview_Premium-Variant_-19.jpg


Saga terbaru kini diberikan gril dalam rekaan baharu dengan lampu projektor LED penuh (varian Premium). Di bahagian belakang, varian Premium mendapat lampu belakang LED penuh dengan bar cahaya yang halus dan panjang, menyerlahkan gaya moden dan perbezaan ketara berbanding versi terdahulu.


web_MA_CariCarz_Proton-Saga-Preview_Executive-Variant_-7.jpgweb_MA_CariCarz_Proton-Saga-Preview_Executive-Variant_-10.jpgweb_MA_CariCarz_Proton-Saga-Preview_Executive-Variant_-9.jpgweb_MA_CariCarz_Proton-Saga-Preview_Executive-Variant_-11.jpg


Bagaimanapun, rekaan lampu belakang yang menawan ini tidak ditawarkan pada varian Standard dan Executive yang diberikan lampu belakang yang digelapkan (smoked). Rim 15 inci juga tampil dengan gaya yang lebih sederhana pada dua varian rendah yang hanya diberikan satu warna, berbeza dengan varian Premium yang menerima kemasan dua tona yang lebih menyerlah. 


Di ruang kabin, sentuhan klasik dapat dilihat melalui penggunaan corak tenunan songket pada papan pemuka dan panel pintu selain corong pendingin hawa yang diinspirasikan daripada congkak. 


web_MA_CariCarz_Proton-Saga-Preview_Executive-Variant_-16.jpgweb_MA_CariCarz_Proton-Saga-Preview_Premium-Variant_-45.jpgweb_MA_CariCarz_Proton-Saga-Preview_Premium-Variant_-44.jpgweb_MA_CariCarz_Proton-Saga-Preview_Executive-Variant_-19.jpg


Di bahagian lain, misalnya stereng, kini dengan rekaan bahagian bawah yang rata (flat-bottom) dan tombol gear yang juga kini berbeza daripada dahulu. Sebagai varian tertinggi, Premium menerima upholsteri tempat duduk dan stereng kulit sintetik dwi-tona. 


Ketiadaan ciri pelarasan stereng teleskopik dan hanya menawarkan kawalan pendingin hawa manual satu zon kembali ‘menyedarkan’ kita bahawa Saga bukanlah sebuah model premium yang mencecah harga ratusan ribu ringgit, tetapi sebuah kereta mampu milik yang sangat berbaloi untuk dimiliki dengan ciri-ciri penting yang sudah cukup untuk menjanjikan keselesaan. 


6. ASEAN NCAP 4 Bintang 


web_MA_CariCarz_Proton-Saga-Preview_Premium-Variant_-43.jpgweb_MA_CariCarz_Proton-Saga-Preview_Premium-Variant_-37.jpgweb_MA_CariCarz_Proton-Saga-Preview_Premium-Variant_-7.jpg


Walaupun diposisikan sebagai sebuah model kereta mampu milik, aspek keselamatannya diberikan tumpuan, terutamanya varian Premium yang kini lengkap dengan enam beg udara dan pakej keselamatan canggih (ADAS) yang komprehensif, membolehkannya meraih penarafan ASEAN NCAP 4 bintang.


web_MA_CariCarz_Proton-Saga-Preview_slides_-15.jpgweb_MA_CariCarz_Proton-Saga-Preview_slides_-13.jpgweb_MA_CariCarz_Proton-Saga-Preview_slides_-14.jpgweb_MA_CariCarz_Proton-Saga-Preview_slides_-16.jpg


Antara ciri ADAS yang ditawarkan adalah seperti Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW), Brek Kecemasan Automatik (AEB), Amaran Keluar Lorong (LDW), Pemantauan Titik Buta (BSM), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA), Amaran Buka Pintu (DOW) yang termasuk pengesanan penunggang motosikal.


7. Harga Tidak Lebih RM50K?


web_MA_CariCarz_Proton-Saga-Preview_Premium-Variant_-16.jpg


Sejak pertama kali ia diperkenalkan, Saga telah mencapai jumlah jualan lebih dua juta unit. Dengan segala penambahbaikan dan ciri serba baharu ini, Proton Saga yang terbaru ini dijangka mampu mengekalkan kedudukannya sebagai antara sedan terlaris di pasaran. 


Proton dikhabarkan akan melancarkan Saga generasi keempat ini secara rasmi pada hujung bulan ini. Harganya? Desas-desus yang ‘bertiup’ dari dalam syarikat Proton membayangkan model ini tidak akan mencecah lebih daripada RM50,000. 


Untuk info selanjutnya, nantikan perkembangan yang akan kami kongsikan dari masa ke masa di Carz.com.my.

Tag:

Proton Saga
Proton Saga 2026
Proton Saga MC3
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Jualan Proton Tahun Ini Sudah Cecah Lebih 143,000! Saga, X50 Dominasi

Jualan Proton Tahun Ini Sudah Cecah Lebih 143,000! Saga, X50 Dominasi

Pengeluar kereta nasional, Proton, terus menunjukkan momentum positif dalam pasaran automotif Malaysia.

12-12-2025
Berita Auto
Laku Keras: Dalam 17 Hari, 20,000 Unit Proton Saga 2026 Ditempah

Laku Keras: Dalam 17 Hari, 20,000 Unit Proton Saga 2026 Ditempah

Dalam 17 hari, tempahan untuk Proton Saga 2026 sudah mencecah 20,000 unit.

27-11-2025
Kereta Baru
Proton Saga 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM37,990 Dengan Rebat RM1,000

Proton Saga 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM37,990 Dengan Rebat RM1,000

Proton Saga MC3 2026 kini rasmi di Malaysia. Dikuasakan enjin 1.5L N.A. baharu, Saga 2026 hadir dengan sistem ADAS lengkap dan casis yang telah dinaiktaraf. Ini info selanjutnya...

27-11-2025
Berita Auto
Proton Saga Laku Teruk: Dalam 5 Hari, Terima 10,000 Tempahan, 1 tempahan setiap 43 saat

Proton Saga Laku Teruk: Dalam 5 Hari, Terima 10,000 Tempahan, 1 tempahan setiap 43 saat

Proton Saga Serba Baharu menerima 10,000 tempahan dalam tempoh lima hari sejak harga anggaran diumumkan, baru-baru ini.

19-11-2025
Kereta Baru
Tempahan Proton Saga Serba Baharu (MC3) Sudah Dibuka-Harga Sekitar RM40,000-RM50,000

Tempahan Proton Saga Serba Baharu (MC3) Sudah Dibuka-Harga Sekitar RM40,000-RM50,000

PROTON mengumumkan bahawa tempahan untuk Saga serba baharu (MC3) sudah dibuka di semua wakil pengedar sah PROTON di seluruh negara.

11-11-2025
Berita Auto
15,575 Kereta Proton Terjual Okt 2025, Proton Saga Paling Laku

15,575 Kereta Proton Terjual Okt 2025, Proton Saga Paling Laku

Jualan kereta jenama Proton sekali lagi melonjak apabila berjaya menjual sebanyak 15,575 unit pada bulan lepas manakala Proton Saga meraih jualan tertinggi dalam 12 tahun.

10-11-2025
Berita Auto
Proton Saga, Proton e.MAS 5 Ditayang Kepada Perdana Menteri Sebelum Pelancaran Rasmi

Proton Saga, Proton e.MAS 5 Ditayang Kepada Perdana Menteri Sebelum Pelancaran Rasmi

Proton Saga baharu dan Proton e.MAS 5 yang masih belum dilancarkan secara rasmi ditayangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China, Li Qiang.

28-10-2025
Berita Auto
Proton Saga Langgar Tiang, Mangsa Disahkan Lima Sekeluarga, Pemandu Maut, Anak, Isteri Terselamat

Proton Saga Langgar Tiang, Mangsa Disahkan Lima Sekeluarga, Pemandu Maut, Anak, Isteri Terselamat

Seorang lelaki maut manakala isteri bersama tiga anaknya termasuk bayi tujuh bulan parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas.

07-10-2025

Berita Terkini

Pandu Uji
Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..

Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..

Penulis berkesempatan memandu uji Perodua Traz, baru-baru ini.

17-12-2025
Pandu Uji
Pandu Uji Ringkas Perodua QV-E, Nampak Gaya Ada Potensi Kalahkan EV "Luar"

Pandu Uji Ringkas Perodua QV-E, Nampak Gaya Ada Potensi Kalahkan EV "Luar"

Penulis berpeluang memandu uji Perodua QV-E di Litar Antarabangsa Sepang, baru-baru ini.

01-12-2025
Pandu Uji
BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik

BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik

Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.

10-11-2025
Pandu Uji
Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu

Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu

Ini dia tujuh perkara menarik yang perlu anda tahu tentang sedan segmen A, Proton Saga generasi keempat (Saga MC3).

04-11-2025
Pandu Uji
Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5:  EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita

Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5: EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita

Penulis berpeluang memandu uji Proton e.MAS 5 di COE, Shah Alam, pada minggu lepas.

17-10-2025
Pandu Uji
Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?

Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?

Sebagai wanita dan ibu kepada dua orang anak, ini komen jujur saya mengenai Hyundai Tucson Facelift 2025.

14-10-2025
Pandu Uji
Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!

Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!

Penulis berpeluang memandu uji Hyundai Santa Fe 2025, pada minggu lepas.

13-10-2025
Pandu Uji
Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!

Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!

Pihak media dijemput untuk menyaksikan GWM Wey G9 sebelum dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.

22-09-2025