Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Suhana Veru

Kongsi melalui


Chery-CarLinko-App.jpeg

Chery Malaysia melangkah setapak lagi dalam memperkasakan ekosistem kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) apabila melancarkan aplikasi mudah alih CarLinko.

Eksklusif untuk pemilik TIGGO 7 PHEV dan TIGGO 8 PHEV, aplikasi ini bukan sekadar alat kawalan jauh, malah ia adalah "pembantu peribadi" digital yang direka untuk memaksimumkan potensi pemanduan hibrid anda.

"Remote AC" – Penyelamat Di Bawah Matahari Terik Malaysia

CARLINKO-Vehicle-Control.pngCARLINKO-Schedule-Charging.png

Salah satu ciri paling menarik dalam CarLinko ialah keupayaan mengaktifkan penghawa dingin dari jarak jauh. Bayangkan kenderaan anda diletakkan di bawah panas terik; dengan hanya beberapa sentuhan di telefon pintar, anda boleh menyejukkan kabin lebih awal sebelum melangkah masuk ke dalam kereta.

Selain itu, bagi mereka yang sering terlupa lokasi parkir di pusat beli-belah yang besar, CarLinko turut dilengkapi fungsi penjejakan lokasi kenderaan secara masa nyata.

Strategi Bijak Depan Kenaikan Kos Bahan Api

Dengan jarak pemanduan gabungan (petrol + elektrik) sehingga 1,200 kilometer, barisan PHEV Chery sememangnya sudah menjimatkan. Namun, CarLinko membawa penjimatan ini ke tahap lebih tinggi:

  • Pengecasan Berjadual: Anda boleh menetapkan waktu pengecasan bateri di rumah melalui aplikasi untuk menguruskan penggunaan elektrik dengan lebih cekap.

  • Data Real-Time: Pantau tahap bateri, baki petrol, tekanan tayar, dan statistik penggunaan bahan api terus dari telefon tanpa perlu menghidupkan enjin.

“Di Chery, matlamat kami adalah untuk memastikan teknologi PHEV dapat meningkatkan kehidupan seharian melalui kesederhanaan dan reka bentuk pintar.

"CarLinko memperluaskan kelebihan pemanduan hibrid plug-in melangkaui penjimatan bahan api dengan memberikan pemilik kawalan lancar ke atas keselesaan, pengecasan dan maklumat kenderaan, sekali gus mengukuhkan komitmen kami terhadap mobiliti elektrik yang lebih pintar,” kata Naib Presiden Chery Malaysia, Lee Wen Hsiang.

Pengurusan Servis Lebih Teratur

Tiada lagi isu terlepas tarikh servis. CarLinko membolehkan pemilik menyemak jadual penyelenggaraan dan mengakses rekod servis terperinci. Ini bukan sahaja memudahkan urusan harian, malah membantu mengekalkan nilai jualan semula kenderaan pada masa hadapan.

Bagaimana Cara Nak Dapatkan?

Berita baiknya, aplikasi CarLinko adalah PERCUMA untuk semua pemilik Chery PHEV:

  • Pemilik Baharu: Pengaktifan akan dibantu oleh wakil jualan semasa proses penyerahan kenderaan (handover).

  • Pemilik Sedia Ada: Anda hanya perlu mengunjungi pusat pengedar Chery terdekat untuk proses pengesahan dan pemadanan selamat (pairing) dengan kenderaan anda.

Aplikasi CarLinko kini sudah boleh dimuat turun di Apple App Store dan Google Play Store.

Tag:

Chery Malaysia
Chery Tiggo 7 PHEV
Chery Tiggo 8 PHEV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Makin Agresif, Chery Perkukuh Pasaran Malaysia Dengan Model Ke-10, Tiggo 9

Chery Malaysia: 3 Tahun, 60 Pengedar, Dan Kilang Baharu RM2.2 Bilion Di Lembah Beringin.

29-06-2026
Kereta Baru

Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?

24-06-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.

22-05-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'

Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.

22-05-2026
Berita Auto

Chery Lantik Robert Lewandowski sebagai Duta Jenama Global

Chery melantik ikon bola sepak dunia, Robert Lewandowski, sebagai Duta Jenama Global Chery.

19-05-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026
Berita Auto

Chery Malaysia, Touch 'n Go Jalin Kerjasama: Tag RFID Percuma Untuk Model Terpilih

Tiada Lagi Isu Pasang RFID Sendiri, Chery siap pasang RFID pada model terpilihnya.

22-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026