Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

GWM Makin 'Ganas, Kini Bolos Kelompok 15 Jenama Teratas Di Malaysia

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Meskipun pasaran automotif awal tahun 2026 dilihat sedikit tenang, GWM Malaysia membuktikan bahawa mereka bukan sekadar "penumpang" dalam industri. Dengan prestasi suku pertama, jenama ini berjaya menyerahkan 1,294 unit kenderaan, sekali gus mengukuhkan kedudukan dalam kelompok 15 jenama automotif teratas di Malaysia.

Peralihan minat rakyat Malaysia terhadap kenderaan hijau (EV, Hybrid, dan PHEV) menjadi "enjin" utama pertumbuhan GWM, dengan momentum yang dilihat semakin memuncak menjelang Mac lepas.

image.pngimage.png

Dominasi Segmen: WEY G9 & HAVAL H6 Jadi Rebutan

Bintang utama bagi suku ini tidak lain tidak bukan adalah WEY G9 Hi4 PHEV. Sejak dilancarkan, ia telah mencuri tumpuan pasaran dan kini memegang gelaran:

"MPV Mewah China No.1 di Malaysia bagi Suku Pertama 2026."

Kejayaan ini membuktikan rakyat Malaysia mula menerima teknologi Plug-in Hybrid yang menawarkan kemewahan serta fleksibiliti untuk perjalanan jauh tanpa kerisauan jarak (range anxiety).

Selain itu, HAVAL H6 HEV terus mengekalkan popularitinya. Selepas menguasai 14.9% pegangan pasaran pada 2025, model ini kekal menjadi pilihan utama bagi mereka yang mementingkan penjimatan minyak dan kos pemilikan yang rendah.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi GWM Malaysia, Roslan Abdullah berkata, pihaknya mahu memperkukuh pelaksanaan, daripada memperluaskan rangkaian pengedar dan meningkatkan keupayaan selepas jualan sehinggalah memastikan kesiapsiagaan bagi pelancaran akan datang seperti TANK 300 HEV.

"Usaha‑usaha ini adalah kunci kepada penyampaian pengalaman pemilikan yang konsisten dan lancar di seluruh negara," katanya.

Gallery

Tag:

GWM Malaysia
Wey G9 hi4
GWM Haval H6 HEV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k

GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.

27-08-2026
Berita Auto

GWM & Touch ’n Go Jalin Kerjasama Strategik

GWM x Touch ’n Go: Beli Kereta Baharu, Terus Sedia Lalu Tol Tanpa Tunai.

31-07-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: GWM Bakal Dedah 2 Model EV Misteri

Intai Dua Model Elektrik Baharu GWM di KLIMS 2026 – Ini Yang Anda Perlu Tahu!

08-06-2026
Kereta Baru

RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup

GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.

21-05-2026
Berita Auto

Pandu Uji & Menang Hadiah! GWM Malaysia Meriahkan Penang Autoshow Dengan Tawaran Eksklusif

Penangan GWM di PWCC: Dari SUV Lasak Hingga MPV Mewah, Semua Ada di Penang Autoshow.

27-04-2026
Kereta Baru

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Pandu Uji

BUDI95 Tak Cukup? Haval H6 HEV 'Tapau' 1,000KM 1 Tangki

SUV jimat minyak, Haval H6 HEV sekali isi, boleh redah lebih 1,000KM.

31-03-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026