Link Copiedcheck_circle
EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

Suhana Veru

Kongsi melalui

WhatsApp-Image-2026-04-12-at-12.11.07.jpeg

ChargeSini, yang merupakan penyedia penyelesaian pengecasan EV terkemuka di Malaysia melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

Direka untuk memberikan pemilik EV lebih fleksibiliti dan yang penting dapat menjimatkan kos. Pelan ini memperkenalkan gabungan diskaun penggunaan, pengecualian idle fee, dan kelebihan eksklusif penyelenggaraan kenderaan.

Memandangkan pasaran EV di Malaysia terus berkembang, ChargeSini menyasarkan untuk mengurangkan "kebimbangan pengecasan" bukan sahaja dari infrastruktur, tetapi juga melalui  kewangan  dan kemudahan untuk penggunanya.

Pelan yang Disesuaikan untuk Setiap Pemandu

image.png

Barisan langganan baharu ini disusun untuk memenuhi profil penggunaan yang berbeza, daripada pemandu bandar  sehinggalah kepada pengguna yang gemar melakukan perjalanan jauh:

  • CHARGE PLUS (RM19.90/bulan): Penjimatan peringkat permulaan dengan diskaun pengecasan 10–15% (dihadkan pada RM50) dan pengecualian idle fee selama 2 jam, sesuai untuk pengguna bandar.

  • CHARGE PRO (RM29.90/bulan): Nilai yang dipertingkatkan  menawarkan diskaun 12–20% (dihadkan pada RM70) dan pengecualian idle fee selama 2 jam.

  • CHARGE MAX (RM360/tahun): Pakej tahunan terbaik untuk pengguna tegar, menawarkan diskaun 12–20% dengan had tahunan sebanyak RM900 dan pengecualian idle fee selama 4 jam.

Utamakan Kesihatan dan Jangka Hayat Bateri

image.pngimage.png

Dalam usaha untuk menggalakkan penyelenggaraan kenderaan yang lebih baik, ChargeSini telah bekerjasama dengan CariCarz Automall untuk menawarkan Pemeriksaan Kesihatan Bateri EV Percuma kepada semua pelanggan.

Inisiatif ini memastikan pengguna dapat memantau tahap kesihatan (State of Health - SoH) bateri mereka dan mengekalkan prestasi puncak sepanjang hayat kenderaan mereka.

image.png

Butiran Penebusan: Pelanggan  dikatakan layak untuk menuntut pemeriksaan kesihatan bateri percuma mereka selepas enam bulan penggunaan langganan secara berterusan. Bagi memastikan pengalaman yang lancar, tuntutan mestilah dibuat melalui temu janji di CariCarz Automall.

Komitmen terhadap Pengalaman Pengguna

Salah satu ciri utama pelan ini ialah pengecualian caj idle yang lebih fleksibel. Dengan 4 jam masa idle percuma, pengguna boleh membeli-belah, menjamu selera, atau bekerja tanpa tekanan daripada tergesa-gesa untuk mengalihkan kenderaan sebaik sahaja pengecasan selesai.

“Matlamat kami adalah untuk menjadikan pemilikan EV lebih mudah dan lancar.

“Dengan menggabungkan diskaun pengecasan dan penyelenggaraan penting seperti pemeriksaan kesihatan bateri, kami menawarkan ekosistem menyeluruh yang menyokong pemandu dan kenderaan," kata   jurucakap ChargeSini.

Mengenai ChargeSini

image.png

ChargeSini yang merupakan penyedia penyelesaian pengecasan EV terkemuka di Malaysia cukup komited untuk membina rangkaian pengecasan yang mantap dan mudah diakses.

Melalui teknologi inovatif dan model langganan yang berpaksikan pengguna, ChargeSini mempercepatkan peralihan negara ke arah mobiliti yang mampan.

Gallery

Tag:

ChargeSini
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

23-04-2026
EV

Swift Bridge, ChargeSini Meterai MoU, Hasilkan Pengecas EV Di Malaysia

Swift Bridge Technologies (MFG) Sdn. Bhd. mengumumkan pelaburan besar bernilai RM11.2 juta untuk memulakan pengeluaran pengecas EV tempatan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

13-11-2025
EV

ChargeSini & Meta Bright Lancar Pengecas EV Di Sunway Pyramid – 6 Pengecas AC

Syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) tempatan, ChargeSini, telah merasmikan hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) terbarunya di Sunway Pyramid, lokasi pertama yang dilancarkan di bawah kerjasama strategik bersama Meta Bright Group.

05-11-2025
EV

Cas EV Di ChargeSini Lebih Santai, Tempoh Kelonggaran Kini 30 Minit

ChargeSini, mengumumkan bahawa tempoh kelonggaran atau idle grace period kini dipanjangkan daripada 15 minit kepada 30 minit selepas sesi pengecasan tamat.

04-11-2025
EV

ChargeSini Sediakan Pengecas Pantas DCFC 50 kW Di Pusat 3S Proton IOI City Mall

Berita baik kepada pemilik kenderaan elektrik (EV) di sekitar Putrajaya, Pusat 3S Proton yang terletak di IOI City Mall, Putrajaya, kini menyediakan fasiliti pengecasan pantas DC (DCFC) yang berkuasa 50 kW.

19-10-2025
EV

Cas EV Di Pulau Pinang Dengan Mudah, ChargeSini Kini Dalam Aplikasi PEARL 2.0

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memperkenalkan versi terkini platform digital serba guna, PEARL One Touch Penang 2.0, yang hadir dengan antara muka yang lebih kemas dan lebih banyak perkhidmatan.

01-09-2025
EV

Meta Bright, ChargeSini Jalin Kerjasama Untuk Pacu Infrastruktur Pengecasan EV

Meta Bright Group Berhad menjalin Kerjasama dengan ChargeHere EV Solution Sdn Bhd, dalam usaha pembangunan sektor pengecasan EV yang semakin berkembang pesat di Malaysia.

12-07-2025

Berita Terkini

EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026