Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Michelin Primacy 5 energy Kini Jadi Penyelamat Dompet Pemilik EV & SUV

Suhana Veru

Kongsi melalui

Screenshot-2026-04-29-083835.png

Era pemanduan di Malaysia sedang berubah secara drastik. Dengan lambakan kenderaan elektrik (EV) dan dominasi SUV di jalan raya, komponen paling penting yang menghubungkan kereta anda dengan tar iaitu tayar—kini perlu menjadi lebih pintar.

Menyahut cabaran itu, Michelin Malaysia secara rasmi melancarkan dua 'superstar' baharu: MICHELIN Primacy 5 energy dan MICHELIN Pilot Sport 5 energy. Bukan sekadar getah hitam biasa, kedua-dua rangkaian ini direka khas untuk era kecekapan tenaga tanpa mengorbankan prestasi.

Primacy 5 energy: Raja 'Senyap' 

image.png

Jika anda mengutamakan keselesaan kabin yang sunyi (terutamanya pemilik EV yang tiada bunyi enjin), ini adalah jawapannya. Menjadi tayar taraf Tiga-A (AAA) pertama Michelin, ia memegang rekod jangka hayat terpanjang dalam segmennya.

  • Pemanduan 'Piano': Menggunakan teknologi Piano Acoustic Tuning, bunyi bising tayar diredam secara drastik, menjadikan pemanduan anda setenang di dalam dewan konsert.

  • Jimat Poket (Minyak/Bateri): Teknologi Slim Belt menjadikan tayar lebih ringan tetapi tetap kuat. Kesannya? Kereta petrol lebih jimat minyak, manakala kereta elektrik boleh pergi lebih jauh dengan satu cas penuh.

  • Harga: Bermula RM614 hingga RM1,624 (Rim 18-21 inci).

Pilot Sport 5 energy: Jiwa Litar, Nafas Elektrik

Bagi pemandu yang sukakan adrenalin dan pengendalian dinamik tetapi peka terhadap alam sekitar, siri Pilot Sport 5 energy adalah evolusi sukan permotoran untuk jalan raya moden.

  • Respons Pantas: Teknologi Dynamic Response memastikan setiap pusingan stereng diterjemahkan tepat ke permukaan jalan.

  • Cengkaman Luar Biasa: Walaupun jalan basah selepas hujan lebat, teknologi Grip Adaptive memastikan anda tetap 'melekat' di litar atau lebuh raya.

  • Vibe Mewah: Sisi tayar dilengkapi teknologi Premium Touch yang memberikan kemasan mikro-tekstur baldu hitam matte—nampak sangat premium pada rim mahal anda!

  • Harga: Bermula RM930 hingga RM2,006 (Rim 18-21 inci).

Kenapa Anda Perlu Tukar Sekarang?

Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura dan Brunei, Florentin Odenwald berkata, rangkaian tayar baharu ini menawarkan kecekapan untuk semua kegunaan kenderaan.

"Rangkaian tayar Michelin ini merupakan respons langsung kami terhadap perubahan tersebut. Dengan MICHELIN Primacy 5 energy dan MICHELIN Pilot Sport 5 energy, kami memastikan pemandu di Malaysia terus bergerak seiring dengan evolusi pasaran,"katanya. 

Satu fakta menarik: Kedua-dua tayar ini menggunakan teknologi MaxTouch yang mengagihkan daya membrek dan membelok secara sekata. Maknanya, bunga tayar anda tak akan "makan sebelah" dan tahan lebih lama!

Gallery

Tag:

Michelin Primacy 5 Energy
Michelin tyre
Michelin Pilot Sport 5
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Tayar Perlu Selamat, Boleh Guna Lama, Ini Baru Betul!

Kesatuan Eropah kini memperkenalkan peraturan baharu mengenai tayar kenderaan.

25-07-2024

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026