- Berita
- Tips
- Situasi Bahan Api Malaysia: Stabil Hari Ini, 'Samar' Menjelang Jun – Ketahui Apa Yang Perlu Dibuat
Situasi Bahan Api Malaysia: Stabil Hari Ini, 'Samar' Menjelang Jun – Ketahui Apa Yang Perlu Dibuat

Jika anda mengikuti perkembangan berita kebelakangan ini, anda pasti perasan terdapat dua mesej yang sangat berbeza mengenai bahan api kita.
Di satu pihak, kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan kini mencukupi. Di pihak lain, Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah telah memberi isyarat bahawa bulan Jun dan Julai akan menjadi "tempoh kritikal."
Bagi pemandu Malaysia secara amnya, sama ada anda mengisi diesel atau RON95, keadaan ini sedikit sebanyak memberi tamparan hebat.
Biarpun kita belum lagi berada dalam krisis, tetapi dengan Bank Dunia dan penganalisis global yang memerhati struktur subsidi kita, pelan hala tuju menuju pertengahan tahun ini kelihatan semakin kompleks.
Berikut adalah panduan kelangsungan hidup anda untuk menghadapi sekatan semasa dan ketidakpastian yang bakal menjelang pada bulan Jun.
Semakan Realiti: Apa yang Sedang Berlaku?

Walaupun tiada "kekurangan bekalan nasional," gangguan setempat dan peraturan baharu sudah pun mengubah cara kita mengisi minyak.
Had Pembelian Berperingkat (Malaysia Timur): Bagi mengekang ketirisan akibat penyeludupan, kerajaan telah mengehadkan pembelian diesel di Malaysia Timur. Walaupun lori logistik berat dan bas dihadkan kepada 150 liter, kenderaan persendirian dan pengangkutan ringan berdepan had yang lebih ketat iaitu 50 liter.
"Perangkap Jenama" dalam SKDS: Di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS), banyak kad armada (fleet card) terikat kepada jenama tertentu. Jika kad anda hanya berfungsi di Petron, tetapi stesen tersebut kehabisan stok bersubsidi, anda terpaksa memilih: sama ada menunggu bekalan baharu atau membayar pada kadar pasaran tanpa subsidi.
Persoalan RON 95: Walaupun diesel menjadi tumpuan utama sekarang, pengguna RON 95 sedang memerhati jendela "Jun/Julai" dengan teliti. Dengan kerajaan berhasrat untuk mengetatkan bajet negara, sebarang masalah bekalan sering menjadi pemangkin kepada pelaksanaan subsidi bersasar. Zaman petrol murah untuk "semua" sedang berdepan dengan ujian terbesarnya.
Jurang Harga RM4.57: Sehingga pertengahan April 2026, jurang antara diesel bersubsidi (RM2.15) dan harga pasaran (RM6.72) telah melebar. Perbezaan besar ini memberikan tekanan hebat kepada rantaian bekalan dan meningkatkan insentif untuk "ketirisan" yang sedang cuba dihentikan oleh kerajaan.
Kenapa Jun Menjadi Bulan "Kritikal"?
Kerajaan telah bersikap telus: April dan Mei adalah selamat, tetapi Jun adalah cabarannya. Tempoh ini merupakan pertembungan antara faktor global dan tempatan:
Ketidaktentuan Global: Ketegangan di Timur Tengah memberi kesan kepada laluan bekalan bahan api. Malaysia sedang berlumba untuk mempelbagaikan sumber bagi merapatkan jurang bekalan pada bulan Jun.
Bekalan Ubat: Ini bukan sekadar tentang kereta anda. Bahan mentah yang diperolehi daripada minyak adalah penting untuk ubat-ubatan dan peranti perubatan. Kekurangan bekalan pada bulan Jun boleh memberi kesan berangkai kepada kos penjagaan kesihatan.
Rasionalisasi Subsidi: Dengan Bank Dunia menggesa "pelarasan" ke arah garis dasar RM2.05 (atau lebih tinggi), peralihan kepada struktur harga baharu bagi kedua-dua diesel dan berkemungkinan RON 95 mungkin bertembung dengan masalah bekalan pertengahan tahun ini.
Baca: Mengapa Minyak Global Jatuh Tetapi Harga Petrol Kita Masih Tinggi? — MOF Jelaskan 'Lag' (Kelewatan)
Panduan:
Anda tidak perlu panik untuk membeli minyak, tetapi anda perlu bertindak secara strategik.
Audit Jumlah Kos Pemilikan Anda: Jika anda memandu kenderaan diesel untuk perniagaan atau kereta petrol yang kuat penggunaan minyak, sekarang adalah masa untuk mengira margin anda. Berharaplah pada subsidi, tetapi bersedialah untuk realiti pasaran.
Rancang untuk Kelewatan Logistik: Jika anda bergantung kepada bas ekspres atau perkhidmatan kurier pada bulan Jun, sediakan "masa penimbal" sebanyak 20% dalam jangkaan anda. Perhentian mengisi minyak mengambil masa lebih lama disebabkan had pembelian di Malaysia Timur dan pemantauan yang lebih ketat di Semenanjung.
Kekal Fleksibel dengan Jenama: Jika anda menggunakan kad armada atau aplikasi kesetiaan tertentu, kenal pasti beberapa stesen alternatif. Mengetahui stesen mana yang berada di laluan anda sebelum lampu amaran minyak menyala akan menjimatkan masa anda jika stesen "biasa" anda kehabisan stok.
'Zon Selamat' RON 95 Semakin Mengecil: Kerajaan sudah jelas, subsidi bersasar adalah tentang 'bila,' bukan 'jika.' Jika anda sedang bercadang untuk membeli SUV mewah berkuasa tinggi atau kereta berprestasi, masalah bekalan bulan Jun ini adalah peringatan untuk mengambil kira kos penggunaan 'tanpa subsidi'. Jika anda masih berkira-kira, 2026 mungkin tahun di mana kenderaan Hibrid atau EV beralih daripada 'pilihan gaya hidup' kepada 'keperluan kewangan'.
NOTA: Artikel ini diterjemahkan daripada hasil penulisan Sofea Najmi, Penulis Bahasa Inggeris Caricarz.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

