- Berita
- Berita Auto
- Berani Mati, Nenek 80 Tahun Pandu Lawan Arus Di DASH

Bayangkan sedang memandu tenang pada waktu malam, tiba-tiba ada sebuah kenderaan meluncur laju menentang arus di depan mata! Itulah detik cemas yang tular di media sosial baru-baru ini.
Selepas siasatan, rupa-rupanya pemandu berkenaan adalah seorang wanita warga emas berusia 80-an yang kemudian telah ditahan selepas aksinya memandu melawan arus di kilometer 10.1 Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), Petaling Jaya tular di media sosial.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsuddin Mamat berkata, suspek tersesat jalan dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum memandu secara melawan arus untuk mencari susur keluar dari lebuh raya.
"Tiada kemalangan berlaku antara kenderaan suspek dan mana-mana pemandu lain atau objek di lebuh raya berkenaan," katanya.
uspek ditahan hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
SUMBER HARIAN METRO.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/


