- Berita
- Berita Auto
- Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia
Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia
.jpg)
Proton X50 terus membuktikan mengapa ia kekal menjadi 'raja' di jalan raya Malaysia. Tinjauan pelanggan terbaharu selepas pelancaran model serba baharu pada Julai 2025 mendedahkan satu anjakan paradigma: rakyat Malaysia kini memilih X50 bukan lagi semata-mata kerana harganya yang berpatutan, tetapi kerana jatuh cinta dengan teknologi premium dan pemanduan bertaraf lima bintang yang ditawarkannya.
Kajian pasaran ini membuktikan Proton berjaya memecah monopoli jenama asing dalam segmen-B SUV yang sangat sengit, sekali gus mengubah persepsi terhadap keupayaan jenama nasional.
Profil Pemilik: Pilihan Bijak Golongan Profesional Muda
Siapakah pemilik Proton X50 ini? Tinjauan mendapati model ini menjadi kegilaan golongan profesional berusia 30-an hingga 40-an yang mempunyai keluarga muda.
Pendapatan Isi Rumah: Purata RM8,000 sebulan.
Tujuan: Menaik taraf gaya hidup dan mobiliti keluarga.
Trend Beralih Segmen: Menariknya, walaupun 21% adalah pembeli kereta pertama, majoriti besar pembeli sebenarnya adalah pemilik sedan dan hatchback popular yang memutuskan untuk 'naik pangkat' ke SUV segmen-B ini.
Tiga Varian, Tiga Jiwa Berbeza
Proton X50 nampaknya bijak 'membaca' kehendak pasaran dengan menawarkan varian yang menepati poket dan gaya hidup berbeza:
| Varian | Profil Pembeli | Fokus Utama | Ciri Pilihan Utama |
| Executive | Golongan muda & mementingkan nilai | Praktikaliti & Nilai Wang | Reka bentuk moden, prestasi harian yang mantap pada harga mampu milik. |
| Premium | Pembeli matang & berkeluarga | Keselamatan Maksimum | Ketenangan fikiran dengan sistem ADAS seperti Blind Spot Monitoring (BSM) & Autonomous Emergency Braking (AEB). |
| Flagship | Pendapatan tinggi & mahukan kemewahan | Pakej Lengkap & Eksklusif | Gabungan enjin i-GT Turbo, kabin digital sofistikated, dan status gaya hidup premium. |
Apa Kata Pemilik? Ini 3 Faktor Utama X50 Begitu Memukau:
1. Penangan Enjin i-GT Turbo 1.5L

Responden memuji tahap responsif enjin 4-silinder ini. Kuasa memotong yang lancar dan kestabilan pemanduan jarak jauh di lebuh raya memberikan keyakinan penuh kepada pemandu.
2. Kabin 'Kayangan' Pada Harga Marhaen

Suasana dalaman yang moden, antaramuka digital yang canggih, dan pemanduan senyap (NVH yang baik) membuatkan pemilik berasa seperti memandu SUV mewah yang jauh lebih mahal.
3. Rangkaian Servis Terbesar di Malaysia
Sokongan rangkaian pusat 3S dan 4S PROTON yang paling komprehensif di seluruh negara memberi jaminan serta ketenangan fikiran buat pembeli untuk urusan selepas jualan.
APA KATA BOS BESAR PROTON
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Datuk Abdul Rashid Musa berkata, sejak diperkenalkan, Proton X50 sentiasa mencabar jangkaan dalam pasaran SUV segmen-B dan dapatan terbaharu ini menunjukkan pembeli di Malaysia terus menghargai kenderaan yang menggabungkan tarikan emosi dengan praktikaliti penggunaan harian.
“Apa yang lebih menggalakkan ialah semakin ramai pelanggan kini membandingkan X50 secara langsung dengan jenama bukan nasional yang sudah kukuh sebelum membuat keputusan membeli PROTON. Ini mencerminkan keyakinan yang semakin meningkat terhadap produk, teknologi dan keseluruhan pengalaman pemilikan kami," katanya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

