Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 kepada media, sebentar tadi.

Difahamkan, ia akan  ditawarkan pada harga sekitar RM189,000.

(from-left)-Michael-Chew,-George-Wei,-Men-Lin-Bo-and-Lee-Wen-Hsiang.png

Direka untuk memenuhi keperluan keluarga moden yang sentiasa berkembang, SUV pintar mewah ini menggabungkan reka bentuk yang berani, teknologi canggih dan dinamik pemanduan yang mantap dalam satu pakej yang komprehensif.

Menegani trenkuasa, TIGGO 9 dikuasakan oleh enjin 2.0 TGDi, dipadankan dengan sistem Pemanduan Semua Roda Pintar (AWD) termaju serta tujuh mod pemanduan.

Sebagai model terbesar dalam rangkaian TIGGO, TIGGO 9 menawarkan ruang kabin yang lebih luas dan keselesaan premium, menjadikannya sangat ideal untuk keluarga dan pemanduan jarak jauh.

Carbon-Black.pngMatte-Grey.png

Menjengah bahagian kabinnya,, kenderaan ini dilengkapi dengan teliti dengan ciri-ciri canggih seperti Paparan Head-Up (HUD), tempat duduk pemandu boleh laras kuasa 10-arah, dan tempat duduk mengurut untuk penumpang baris hadapan.

Penumpang baris kedua turut mendapat layanan yang sama dengan tempat duduk berventilasi, sekali gus memastikan tahap keselesaan yang lebih tinggi di seluruh kabin.

SUV tujuh tempat duduk ini juga dilengkapi dengan Bantuan Parkir Automatik (Auto Park Assist) yang pertama untuk siri TIGGO bagi meningkatkan lagi kemudahan pengendalian dan keselesaan harian.

T9_Seat-Massage.jpgT9_Driving-Mode---Eco-(1).jpg

Sementara itu, rangkaian komprehensif teknologi ADAS 2.5 (Sistem Bantuan Pemandu Keselamatan Lanjutan) dengan 23 ciri keselamatan yang mana ia menawarkan ketenangan minda yang lebih tinggi untuk pemandu dan penumpang, serta meningkatkan lagi keyakinan pemandu dan keselamatan keseluruhan di jalan raya.

23 Fungsi ADAS yang Terdapat pada TIGGO 9

  • Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW)

  • Brek Kecemasan Autonomi (AEB)

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)

  • Amaran Keluar Lorong (LDW)

  • Brek Pelbagai Pelanggaran (MCB)

  • Bantuan Kesesakan Lalu Lintas (TJA)

  • Amaran Pintu Terbuka (DOW)

  • Brek Trafik Silang Belakang (RCTB)

  • Bantuan Jelajah Bersepadu (ICA)

  • Amaran Trafik Silang Belakang (RCTA)

  • Amaran Pelanggaran Belakang (RCW)

  • Bantuan Tukar Lorong (LCA)

  • Pencegahan Keluar Lorong (LDP)

  • Kawalan Lampu Tinggi Pintar (IHC)

  • Pengesanan Titik Buta (BSD)

  • Bantuan Pengekalan Lorong Kecemasan (ELKA)

  • Maklumat Mula Perjalanan (DAS)

  • Sistem Pengelakan Pintar (IAS)

  • Bantuan Parkir Automatik (APA)

  • Pengenalan Papan Tanda Trafik (TSR)

  • Sistem Pemantauan Pemandu (DMS)

  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)

  • Bantuan Had Laju (SLA)

image.png

 

Bagi melengkapkan ciri prestasi dan keselesaannya, TIGGO 9 menampilkan reka bentuk moden dan sofistikated, yang diserlahkan oleh rim aloi 20 inci serta paparan definisi ultra-tinggi 2.5K bersaiz 15.6 inci yang dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon 8155, sekali gus memastikan pengalaman digital yang lancar dan intuitif.

Chery TIGGO 9 akan ditawarkan dalam dua warna: Carbon Black dan Matte Grey

Pelanggan early bird (awal) juga bakal menikmati tawaran pakej pelancaran eksklusif, manakala  tawaran standard jaminan kenderaan selama 7 tahun atau sehingga 150,000KM dan jaminan enjin selama 7 tahun atau sehingga 150,000KM, memberikan nilai tambah serta keyakinan yang lebih tinggi.

Lakukan tempahan anda melalui laman web Chery Malaysia: website: https://www.chery.my/open-for-booking-

tiggo-9/?utm_source=Pr.

Gallery

Tag:

Chery Malaysia
Chery Tiggo 9
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Makin Agresif, Chery Perkukuh Pasaran Malaysia Dengan Model Ke-10, Tiggo 9

Chery Malaysia: 3 Tahun, 60 Pengedar, Dan Kilang Baharu RM2.2 Bilion Di Lembah Beringin.

29-06-2026
Kereta Baru

Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?

24-06-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'

Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.

22-05-2026
Berita Auto

Chery Lantik Robert Lewandowski sebagai Duta Jenama Global

Chery melantik ikon bola sepak dunia, Robert Lewandowski, sebagai Duta Jenama Global Chery.

19-05-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026
Berita Auto

Chery Malaysia, Touch 'n Go Jalin Kerjasama: Tag RFID Percuma Untuk Model Terpilih

Tiada Lagi Isu Pasang RFID Sendiri, Chery siap pasang RFID pada model terpilihnya.

22-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026