Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Awas Kaki Vape! Polis Bakal Guna Kit Air Liur Di SJR, Buru Pemandu Khayal ‘Piu Piu’

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Bayangkan anda sedang memandu dengan tenang, tiba-tiba dirempuh oleh pemandu lain yang ‘khayal secara perlahan-lahan’ akibat penangan vape.

Menyedari ancaman senyap yang semakin menakutkan ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) kini bersiap sedia untuk menggunakan kit ujian air liur di lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) bermula hujung tahun ini bagi mengesan pemandu yang berada di bawah pengaruh dadah sintetik.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, berkata paling membimbangkan apabila pengguna jalan raya yang memandu kenderaan sambil menghisap dadah sintetik dimasukkan dalam vape tanpa disedari mereka khayal secara perlahan-lahan.

Beliau berkata, Piu Piu atau Magic Mushroom bukan nama jenis dadah, tetapi satu terma untuk pasaran dan promosi dadah jenis cecair sintetik yang dimasukkan dalam peranti vape.

"Di negara kita berlaku kemalangan dipercayai berpunca daripada mereka yang menghisap dadah cecair sintetik dalam vape ini.

"Dadah sintetik menggunakan nama komersial Piu Piu dan Magic Mushroom ini mudah diperoleh sama ada dibeli secara dalam talian, di pusat hiburan atau dalam kalangan mereka yang menggunakan dadah berkenaan.

"Kesan pengambilan dadah ini boleh menyebabkan penggunanya khayal hingga hilang pertimbangan kewarasan diri," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Hussein mendedahkan, selain pengguna jalan raya, dadah berkenaan juga turut dikesan digunakan pelajar sekolah menengah.

Untuk rekod, setakat 10 Jun lalu, 168 kes dikesan dengan 267 tangkapan dilakukan atas kesalahan penggunaan cecair dadah sintetik oleh JSJN, iaitu meningkat ketara berbanding 108 kes dengan 138 tangkapan di seluruh negara atas kesalahan sama pada sepanjang tahun lalu.

"JSJN juga memohon pertimbangan kerajaan meluluskan peruntukan pembelian kit ujian air liur itu untuk digunakan dalam SJR menjelang hujung tahun ini.

"PDRM turut bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam mengatasi masalah ini," katanya.



Gallery

Tag:

sekatan jalan raya (SJR)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

RXZ Members 6.0 Diteruskan, Ini Tindakan Polis!

Polis meningkatkan sekatan jalan raya (SJR) untuk memastikan peserta mematuhi undang-undang pada sepanjang penganjuran Program RX-Z Members 6.0.

10-09-2024
Berita Auto

Rempuh JPJ: Berani Betul Kau Dik

Mujur, anggota JPJ tidak mengalami kecederaan serius.

18-09-2023
Berita Auto

Penggunaan Lesen Digital Buat Jalan Sesak? Ini Jawapan Pengarah JSPT

Penjelasan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) mengenai penggunaan sistem digital semasa sekatan jalan raya.

21-02-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026