Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Rempuh JPJ: Berani Betul Kau Dik

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cedera pada otot leher, kepala serta bengkak pada tangan dan kaki selepas dirempuh oleh seorang penunggang motosikal jenis Yamaha Y125ZR.

Kejadian berlaku di Kilometer 28 Lebuhraya Seremban Port Dickson (SPDH) hala Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam.

Mujur, anggota JPJ itu tidak mengalami kecederaan serius dan sudah dibenarkan pulang ke rumah. 

Namun tindakan penunggang motosikal yang gelabah ketika tiba di sekatan jalan raya JPJ, rupa-rupanya disebabkan suspek menggunakan lesen memandu tamat tempoh pada 18 Julai 2012 dan tidak mempunyai insurans.

Dalam satu kenyataan, JPJ berkata, penunggang motosikal itu turut disenarai hitam atas kesalahan tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL) mengikut Seksyen 6 (1) APJ 1987 serta tindakan sita mengikut Seksyen 64(1) APJ 1987.

image.pngimage.png

“Penunggang motosikal berusia 25 tahun itu sudah diserahkan kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Dearah Port Dickson untuk tindakan lanjut,” kata JPJ dalam satu kenyataan.

Susulan kejadian  itu, pihak JPJ turut membuat laporan polis dan siasatan polis dijalankan mengikut Seksyen 42(1) APJ 1987 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Semalam tular dua rakaman video di media sosial berkaitan insiden itu dengan salah satu rakaman video menunjukkan penunggang motosikal dilihat tidak memperlahankan motosikalnya ketika hampir dengan kawasan sekatan.

Sebaliknya, motosikal itu terus merempuh seorang anggota JPJ yang bertugas di sekatan jalan raya menyebabkan kedua-duanya terjatuh di atas jalan.


Gallery

Tag:

JPJ
sekatan jalan raya (SJR)
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Kesalahan Jalan Raya: Kadar Maksimum Kompaun Naik RM500 Mulai 2029

Kesalahan Jalan Raya: Kadar Maksimum Kompaun Naik RM500 Mulai 2029

Pemandu Malaysia Ambil Tahu! Ini Perubahan Besar Akta Pengangkutan Jalan Yang Anda Wajib Tahu.

23-06-2026
Berita Auto
JPJ Pertama Buka 7 Hari Seminggu, Buka Sampai 10 Malam di Bandar Tasik Selatan!

JPJ Pertama Buka 7 Hari Seminggu, Buka Sampai 10 Malam di Bandar Tasik Selatan!

JPJ Cawangan Bandar Tasik Selatan (BTS) melakar sejarah apabila menjadi cawangan pertama di negara ini yang beroperasi setiap hari, tujuh hari seminggu.

22-06-2026
Berita Auto
Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ

Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ

Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.

19-06-2026
Berita Auto
Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ

Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ

Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.

18-06-2026
Berita Auto
Analisis: Trend 'Lampu Albino': Kosmetik Kereta Hipster atau Tempah Sumpah Seranah di Jalan Raya?

Analisis: Trend 'Lampu Albino': Kosmetik Kereta Hipster atau Tempah Sumpah Seranah di Jalan Raya?

'Lampu Albino': Kenapa Pemilik Kereta Rasa Stylo, Tapi Pemandu Lain Rasa Nak Marah?

12-06-2026
Berita Auto
CERMAT MADANI: Diskaun Insurans 10% Untuk Pemandu "Baik", Anda Layak?

CERMAT MADANI: Diskaun Insurans 10% Untuk Pemandu "Baik", Anda Layak?

Berita Gembira Buat Pemandu Berhemah: Kerajaan Bagi Rebat Insurans 10% Di MyJPJ

10-06-2026
Berita Auto
JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

Aksi wanita dan lelaki ini tular di media sosial.

03-06-2026
Berita Auto
Saman Bukan Matlamat: 2,000 Anggota JPJ Pantau Kawasan Berisiko

Saman Bukan Matlamat: 2,000 Anggota JPJ Pantau Kawasan Berisiko

2,000 JPJ akan digerakkan di seluruh negara.

26-05-2026

Berita Terkini

Berita Auto
Awas Kaki Vape! Polis Bakal Guna Kit Air Liur Di SJR, Buru Pemandu Khayal ‘Piu Piu’
Berita Auto
Teksi Malaysia ke Singapura Bakal Lebih Mahal Mulai 2027

Teksi Malaysia ke Singapura Bakal Lebih Mahal Mulai 2027

Kos Teksi Malaysia Masuk Singapura Melonjak 2027.

26-06-2026
Berita Auto
NPE 2 Bakal Guna Tol Tanpa Palang

NPE 2 Bakal Guna Tol Tanpa Palang

Projek Sambungan Lebuhraya Baru Pantai (NPE 2) yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2029 bakal membawa revolusi baharu dalam pemanduan harian anda.

25-06-2026
Berita Auto
Kurang 1% Pengguna Guna Petrol Lebih 200 Liter Sebulan

Kurang 1% Pengguna Guna Petrol Lebih 200 Liter Sebulan

Kurang satu peratus daripada kira-kira 14 juta pengguna yang berdaftar di bawah sistem Budi Madani Ron95 (Budi95) menggunakan lebih 200 liter petrol RON95 sebulan.

25-06-2026
Berita Auto
iCAUR V23 Menang Anugerah

iCAUR V23 Menang Anugerah

iCAUR V23 memenangi anugerah Red Dot Award: Design Concept 2026 di Jerman, baru-baru ini.

25-06-2026
Berita Auto
Minyak Turun, Ini Senarai Harga Baharu Diesel Dan Petrol Yang Anda Wajib Tahu
Berita Auto
Isu Saman: Ahli Parlimen Cadang Bayar Ansuran

Isu Saman: Ahli Parlimen Cadang Bayar Ansuran

Shahidan mencadangkan bayaran saman bagi kesalahan jalan raya dibenarkan dibuat secara ansuran.

24-06-2026
Berita Auto
PUSPAKOM Ambil 100 Pemeriksa Kenderaan Baharu, Sasar Tingkat Kualiti Servis

PUSPAKOM Ambil 100 Pemeriksa Kenderaan Baharu, Sasar Tingkat Kualiti Servis

PUSPAKOM secara rasmi mengumumkan pengambilan 100 Pemeriksa Kenderaan (VE) baharu di seluruh negara untuk tahun ini.

24-06-2026