Link Copiedcheck_circle
EV

Cas EV Di Kondo Baru RM0.63/kWh! Aplikasi Proton e.MAS Mudahkan Hidup Warga Kota

Suhana Veru

Kongsi melalui

PRO-NET---Condo-Charging-Rates-June-2026.PNG

Bagi penduduk bandar yang tinggal di kediaman bertingkat, antara igauan ngeri sebelum membeli kenderaan elektrik (EV) adalah: "Kat mana nak cas kereta?"

Memahami dilema ini, PRO-NET (anak syarikat milik penuh PROTON Holdings Berhad) tampil dengan langkah gergasi! Mereka kini meluaskan ekosistem pengecasan EV khusus untuk  yang tinggal di kondominium dan kediaman bertingkat tinggi terpilih di seluruh negara.

Apa yang menarik, pemilik Proton e.MAS bakal menikmati kadar pengecasan eksklusif serendah RM0.63/kWh sahaja! Promosi super-jimat ini sah sehingga 31 Disember 2026.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, apabila  lebih ramai rakyat Malaysia beralih kepada mobiliti lestari, adalah penting untuk penyelesaian pengecasan kenderaan elektrik memenuhi keperluan pelbagai jenis kediaman, termasuk kondominium dan kediaman bertingkat tinggi.

Dengan kadar pengecasan bermula daripada RM0.63/kWh serta peluasan akses di seluruh negara, kami menjadikan pemilikan EV lebih mudah diakses, praktikal dan kos efektif untuk kegunaan harian,” katanya.

image.png

Memperluas Akses Pengecasan untuk Kediaman Bertingkat

Rangkaian pengecasan Proton e.MAS kini merangkumi lebih 1,500 titik pengecasan di lebih 500 kondominium dan kediaman bertingkat yang terlibat di seluruh negara, menjadikannya antara ekosistem pengecasan EV paling meluas untuk kehidupan bandar di Malaysia.

Liputan terus diperluaskan di seluruh kawasan utama termasuk Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor, serta lokasi tambahan di Sabah, Sarawak dan bandar-bandar utama lain. 

Harga Pengecasan Berpatutan Kini Lebih Mudah Diakses melalui Satu Aplikasi

Sebagai sebahagian daripada strategi ekosistemnya yang lebih luas, Proton e.MAS terus mengintegrasikan perkhidmatan pengecasan dan pemilikan dalam satu pengalaman yang bersatu.

Melalui aplikasi Proton e.MAS, pemilik e.MAS yang menetap di kondominium dan pangsapuri bertingkat terpilih dapat menikmati pengalaman pengecasan yang lebih mudah dan akses yang lebih baik, sekali gus membantu mengurangkan kos operasi berbanding kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE). Dengan beralih daripada petrol kepada EV, pemilik boleh menjimatkan lebih 30% kos tenaga bulanan berbanding kenderaan berkuasa petrol.

image.png

Untuk mengakses pengecasan kondominium melalui aplikasi Proton e.MAS, pelanggan hanya perlu:

  •  Buka aplikasi Proton e.MAS dan akses fungsi Peta Pengecasan.
  • Pilih stesen pengecasan di kawasan kediaman anda serta pilih penyambung yang betul berdasarkan label fizikal yang dipaparkan pada pengecas.
  • Lengkapkan proses pra-pengecasan untuk memulakan sesi pengecasan.
  • Mulakan pengecasan dan uruskan sesi dengan mudah melalui aplikasi.

image.png

Pemilik Proton e.MAS dan pengguna yang berminat boleh meneroka lokasi pengecasan yang tersedia dikawasan kediaman mereka serta mendaftarkan minat bagi pembangunan infrastruktur pengecasan masa hadapan melalui platform Proton e.MAS:https://emas.proton.com/charging/

Untuk maklumat lanjut mengenai Proton e.MAS serta peluasan akses pengecasan, sila layari laman web Proton e.MAS dan saluran media sosial rasmi berikut: Facebook (Proton e.MAS Cars), Xiaohongshu (Proton e.MAS Cars), TikTok (@protonemasofficial) dan Instagram (@protonemasofficial).


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV

Cas EV Di Kondo Baru RM0.63/kWh! Aplikasi Proton e.MAS Mudahkan Hidup Warga Kota

Lebih 1,500 Titik Pengecasan EV Kini Di 500+ Kondo KL & Selangor, Kadar Serendah RM0.63/kWh.

25-06-2026
EV

Petrol vs Hibrid vs EV Di Malaysia: Yang Mana Sebenarnya Jimatkan Duit Anda?

Ini Kos Sebenar "Bela" Kereta Petrol, Hibrid & EV di Malaysia!

22-06-2026
EV

Proton e.MAS Turun Padang: Bawa Revolusi EV Lebih Dekat Kepada Anda

PRO-NET kembali menyemarakkan siri jelajah Proton e.MAS ke seluruh negara untuk membawa barisan EV tempatan ini terus ke depan mata anda.

19-06-2026
EV

Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499

Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!

15-06-2026
EV

KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh

EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.

15-06-2026
EV

Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia

Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.

10-06-2026
EV

Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall

Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.

10-06-2026