Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sedia untuk menghadap jam semula? PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan lonjakan trafik luar biasa sehingga 2.2 juta kenderaan sehari akan membanjiri rangkaian lebuh raya utama negara.

Kesesakan ini berikutan pergerakan pulang beramai-ramai warga kota ke Lembah Klang sempena berakhirnya cuti Hari Raya Aidiladha dan cuti sekolah.

Hari Puncak: 4 Hingga 7 Jun Ini!

Menurut kenyataan rasmi PLUS, aliran trafik dijangka mencapai kemuncak pada 4, 5, 6, dan 7 Jun ini. Kesesakan ini berpunca daripada pertembungan dua aliran:

  • Trafik Jarak Jauh: Pengguna yang pulang dari kampung halaman.

  • Pergerakan Antara Bandar: Pengguna yang mengambil kesempatan bercuti di bandar-bandar utama.

5 Tip Penting Balik Kota Guna Lebuhraya PLUS

Bagi mengelakkan anda 'tersadai' lama di dalam kereta, PLUS berkongsi beberapa langkah bijak yang wajib anda ikuti:

  • Rujuk MyPLUS-TTA: Rancang waktu perjalanan anda berdasarkan jadual cadangan waktu perjalanan (TTA) yang boleh diakses menerusi Aplikasi PLUS.

  • Sebut 'Ya' Kepada Smart Lane: PLUS akan mengaktifkan laluan Smart Lane di 33 lokasi tumpuan untuk membantu melancarkan aliran trafik. Patuhi papan tanda yang disediakan!

  • Kemudahan R&R Dibuka 24 Jam: Kedai makan, surau, dan tandas di kawasan Rehat & Rawat (R&R) serta hentian sebelah beroperasi 24 jam. Anda juga digalakkan berhenti rehat atau beribadah di plaza-plaza tol yang terlibat bagi mengurangkan kesesakan di R&R utama.

  • Sedia Baki Kad & e-Dompet: Pastikan baki kad Touch ‘n Go, RFID, atau JustGO anda mencukupi sebelum masuk lebuh raya. Jangan sampai tersangkut di palang tol!

  • Semak Status Trafik Semasa: Sebelum memulakan perjalanan, semak keadaan jalan raya menerusi:

    • Aplikasi PLUS, Waze, atau Google Maps.

    • Pembantu Maya PUTRI.

    • Akaun X (Twitter) @plustrafik dan @lpt2trafik.

    • Paparan mesej elektronik (VMS) di lebuh raya & laporan radio.

PENTING: Jika berlaku sebarang kecemasan, jangan panik. Hubungi PLUSLine (1800-88-0000) atau LPT2Line (1800-88-0220) untuk bantuan segera.

Gallery

Tag:

PLUS Highway
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Tips

Apa Perlu Buat Jika Kereta Rosak Tepi Jalan

Ramai akan panik bila kereta rosak di tepi jalan, ini tips untuk anda!

17-03-2026
Berita Auto

Sistem Pembayaran Terbuka Diperluas Ke Semua Lebuh Raya PLUS Bermula Ogos Ini

Berita Gempak! semua pengguna PLUS boleh guna sistem ANPR bermula Ogos nanti.

12-03-2026
Berita Auto

Elak Jadi ‘Zombi’ Atas Highway! PLUS Lancar MyPLUS-TTA, Senjata Rahsia Balik Raya Tanpa Stres

Raya Tanpa 'Jem' Melampau? PLUS Dedah Jadual MyPLUS-TTA, Ini Cara Rancang Perjalanan Anda

10-03-2026
Berita Auto

Lebuh Raya PLUS Lumpuh: Banjir Kilat di Nilai, Ramai Buka Puasa Dalam Kereta

Hujan lebat luar biasa yang melanda petang tadi telah menyebabkan banjir kilat di Kilometer (KM) 287 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), berhampiran Hentian Sebelah Nilai, sehingga melumpuhkan lalu lintas di kedua-dua arah.

05-03-2026
Berita Auto

Nak Kurangkan Kesesakan, PLUS Tambahkan Lorong Smart Lane

Plus Malaysia Berhad meningkatkan jumlah Smart Lane kepada 32 lokasi di Lebuh Raya Utara-Selatan.

10-02-2026
Berita Auto

Jangan Terkejut, PLUS Mula Guna Sistem Tol Tanpa Palang, Bermula Di Kedah!

Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan di Kedah jangan terkejut melihat sistem tol tanpa palang di beberapa tol kerana PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sedang menguji sistem itu untuk kenderaan persendirian di jajaran Hutan Kampung–Sungai Dua.

10-01-2026
Berita Auto

Cuti Tahunan Habis: Semua Lebuh Raya Sesak Teruk Sejak Malam Tadi

Rata-rata pengguna lebuh raya mengeluh apabila terperangkap dalam kesesakan teruk di semua lebuh raya utama sejak malam tadi.

29-12-2025
Berita Auto

Esok Cuti Krismas, Aliran Trafik Mula Perlahan

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama seluruh Semenanjung Malaysia bergerak perlahan.

24-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026