Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Hyundai STARGAZER Kini Dibuka Untuk Tempahan Di KLIMS 2026, Harga Bermula Dari RM99,XXX Sahaja

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Demam Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2026 nampaknya semakin hangat apabila Hyundai Motor Malaysia (HMY) baru sahaja menggemparkan suasana pameran dengan membuat kemunculan mengejut  model yang paling dinanti-nantikan tahun ini: Hyundai STARGAZER Baharu.

Langkah berani ini membuktikan strategi agresif Hyundai yang kini bergerak pantas daripada segmen kenderaan elektrik (EV) berprestasi tinggi kepada kenderaan keluarga serba boleh. Bagi pasaran Malaysia, ini adalah isyarat jelas bahawa Hyundai serius mahu mendominasi setiap fasa kehidupan mobiliti anda.

image.png

Bukan Sekadar Kereta, Ini Adalah Sebuah "Wehicle"!

Ada istilah menarik yang diperkenalkan oleh Hyundai kali ini. Pengarah Urusan Hyundai Motor Malaysia,  Jahabarnisa Haja Mohideen, menyifatkan STARGAZER baharu ini sebagai sebuah ‘Wehicle’ (Kenderaan Kita).

“Ia bukan sekadar tentang kereta, tetapi tentang orang di dalam dan di sekelilingnya. Kami percaya bahawa elemen 'KITA' (WE) dalam ‘WEhicle' adalah bahagian yang paling penting.

"Oleh kerana 'KITA' itu penting, Hyundai mereka bentuk kereta ini untuk menjadi teman jalan raya yang pintar dan melindungi keluarga moden di Malaysia," katanya.

image.pngimage.png

Reka Bentuk Futuristik & Varian 'Abang Sado' STARGAZER X

Lupakan reka bentuk MPV kotak yang membosankan. Hyundai STARGAZER memecah tradisi dengan:

  • Siluet Aerodinamik: Rupa paras yang kemas.
  • Bar Lampu LED 'H': Rekaan ikonik melintasi bahagian belakang yang pastinya menjadi tumpuan di jalan raya.

Bagi keluarga muda yang mahukan imej lebih ranggi dan sporty, Hyundai turut membawa kejutan ekstra lewat varian STARGAZER X. Varian yang diispirasikan daripada gaya SUV ini tampil lebih 'sado' dengan bampar sporty, spoiler belakang, overfender, dan kemasan lencana berona hitam.

Ruang Dalaman: 'Sanctuary' Mewah Untuk Ahli Keluarga

image.png

Masuk ke dalam kabin tiga baris tempat duduknya, ia tidak terasa seperti sebuah kenderaan pengangkut biasa, tetapi lebih kepada sebuah ruang istirahat yang luas. Antara fungsi premium yang dimuatkan termasuklah:

  • Paparan Digital Imersif: Skrin gergasi berskala sehingga 10.25 inci.
  • Kemudahan Moden: Pad pengecasan peranti tanpa wayar (wireless charging).

Mesra Anak-Anak: Meja bersepadu di belakang tempat duduk—sangat praktikal untuk perjalanan jauh atau menyuap makanan anak.

image.png

Di bawah reka bentuk futuristik ini, STARGAZER digerakkan oleh enjin 1.5-liter Smartstream yang dipadankan dengan Intelligent Variable Transmission (IVT) untuk pemanduan yang lancar dan menjimatkan bahan api.

Aspek keselamatan juga tidak dipandang remeh dengan kehadiran pakej ADAS Hyundai SmartSense (termasuk Smart Cruise Control dengan fungsi Stop & Go). Paling mengujakan, ia hadir dengan jaminan 8 Tahun/160,000km yang pastinya membuatkan pesaing lain tidak senang duduk!

Harga Anggaran Bermula RM99,XXX – Tempahan Kini Dibuka!

image.pngimage.png

Pratonton eksklusif ini sedang berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) sehingga 21 Jun 2026. Jika anda sedang berkira-kira untuk menukar kenderaan , ini tiga varian yang boleh anda tempah sekarang

VarianAnggaran HargaLayout Tempat Duduk
STARGAZER StyleRM 99,XXX7-Tempat Duduk
STARGAZER PrimeRM 109,XXX7-Tempat Duduk
STARGAZER XRM 121,XXX6-Tempat Duduk (Captain Seat)


Gallery

Tag:

Hyundai Stargazer
KL International Motor Show (KLIMS)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS

Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.

15-06-2026
EV

Perodua, Bufori Meterai Kerjasama Untuk Bangunkan eMO-II, Pasti Kereta Elektrik Perodua Nampak Gah!

Pengeluar kereta mewah buatan tangan yang berpangkalan di Malaysia, Bufori mengumumkan pihaknya akan berkerjasama dengan Perodua dalam pembangunan kereta konsep EV eMO-II.

09-12-2024
Kereta Baru

KLIMS 2024: GWM Dedah Model Terbaharunya, GWM Tank 500, GWM WEY 80

Great Wall Motor (GWM) mendedahkan dua model baharunya, GWM Tank 500 dan GWM WEY 80 di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS 2024) yang sedang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur.

05-12-2024
Kereta Baru

KLIMS 2024: Proton X50 Sport Edition, Memang Sporty, Macho, Sasa

Proton X50 Sport Edition juga membuat penampilan sulungnya di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS 2024) yang sedang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur.

05-12-2024
Berita Auto

KLIMS 2024: Mitsubishi Motors Tayang Aksesori Asli Untuk Triton, Xpander Facelift

MMM mempamerkan barisan aksesori tulen untuk dua model baharunya ,Triton generasi baharu dan Xpander.facelift di KLIMS 2024.

05-12-2024
EV

KLIMS 2024: Perodua Dedah eMO-II, Bakal Menjadi EV TERMURAH Di M'sia, Harga Tidak Lebih RM90,000

Pengeluar kereta nasional kedua, Perodua akhirnya melangkah dua tapak ke hadapan apabila mendedahkan kereta konsep elektrik, eMO-II pada pameran Kuala Lumpur International Mobility Show 2024 (KLIMS 2024), pagi tadi.

04-12-2024
Kereta Baru

KLIMS 2024: Nissan Kicks e-Power CBU Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM113K

ETCM melancarkan secara rasminya Nissan Kicks e-Power pada KLIMS 2024, sebentar tadi.

04-12-2024
Berita Auto

Toyota Camry Generasi Ke-9 Bakal Didedah Di KLIMS 2024

Toyota Camry generasi ke-9 akhirya akan menembusi pasaran kita tidak lama lagi.

02-12-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026