- Berita
- Kereta Baru
- KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja
-full.jpg)
Hyundai Malaysia melancarkan Hyundai IONIQ 5 N ke pasaran tempatan, pada harga RM443,888, baru-baru ini
Bukan sekadar EV biasa untuk balik kampung atau pergi kerja, jentera yang memegang takhta World Performance Car 2024 ini dibina khas untuk mereka yang gilakan kelajuan dan mahukan pengalaman pemanduan yang penuh emosi.

Prestasi Luar Biasa: EV Rasa "Enjin Turbo"!


IONIQ 5 N ini bukan calang-calang:
- Kuasa Maksimum: Mampu menghamburkan sehingga 650PS melalui fungsi N Grin Boost!
- Pecutan 0-100 km/j: Hanya 3.4 saat — lebih laju daripada sesetengah supercar.
- Kelajuan Maksimum: Menjangkau 260 km/Jarak Pemanduan: Walaupun berkuasa tinggi, ia masih praktikal dengan jarak WLTP sejauh 448 km dengan sekali cas penuh.
Mainan Teknologi "Kaki Litar"

Apa yang membuatkan IONIQ 5 N ini tersangat istimewa adalah teknologinya:
- N e-Shift: Sistem pertama di dunia yang memberikan anda 'rasa' seperti menukar gear kotak gear klac berkembar (DCT) 8-kelajuan, lengkap dengan kesan sentakan!
- N Active Sound+ (NAS+): Bunyi ekzos tiruan yang mengaum garang, jadi anda takkan rindu bunyi enjin konvensional.
- N Drift Optimiser: Mod khas untuk anda yang suka 'mengetam' (drift) di litar dengan mudah dan selamat.
- N Launch Control & N Torque Distribution: Untuk pelancaran terpantas dan agihan kuasa tayar yang sempurna.
Berjiwa Lumba, Tapi Mesra Keluarga:

Walaupun ia sebuah jentera litar yang agresif, dengan jarak roda sejauh 3,000 mm, ruang kabinnya tetap sangat luas. Anda boleh bawa anak bini berjalan jauh dengan selesa tanpa perlu mengorbankan minat mendalam anda pada kelajuan!
Menariknya, model ini dijual secara bina-mengikut-permintaan (built-to-order). Maksudnya, setiap unit akan dihasilkan khas mengikut spesifikasi dan ketepatan eksklusif untuk anda. Tiada istilah "kereta stok lama" di sini!
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/


