- Berita
- Berita Auto
- JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

Hasrat seorang lelaki dan wanita untuk menayangkan aksi romantik di dalam kenderaan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila perbuatan berbahaya mereka kini berada di bawah radar pihak berkuasa.
Pengarah Kanan Penguat kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, perkara itu dikesan susulan video tular dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut.
“JPJ akan mengambil tindakan terhadap pemandu dan penumpang kereta terbabit dengan mengeluarkan saman terhadap mereka,” katanya.
Terdahulu tular di media sosial sebuah video memaparkan pasangan lelaki dan wanita melakukan aksi manja semasa sedang memandu.
SUMBER KOSMO
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/