- Berita
- Berita Auto
- Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem
Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem

Semalam mungkin ada yang terbeliak mata melihat paparan kuota subsidi petrol mereka berkurang dari 200 liter kepada 150 liter, namun jangan risau, ia bukan satu pemotongan rasmi!
Untuk itu, Kementerian Kewangan (MOF) tampil menjelaskan kekeliruan yang berlaku melibatkan sistem BUDI95 yang sempat tular di media sosial.
“Kementerian Kewangan ingin menjelaskan bahawa semasa penyelenggaraan sistem Budi95 pada pukul 11 malam (31 Mei 2026), sebahagian pengguna mungkin telah melihat paparan had bulanan menjadi 150 liter.

“Ingin dijelaskan bahawa paparan tersebut adalah disebabkan oleh ralat teknikal sistem yang telah dikenal pasti dan diperbetulkan. Jadi, tiada sebarang perubahan telah dibuat terhadap had bulanan Budi95," katanya dalam satu kenyataan.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/