Link Copiedcheck_circle
EV

Proton e.MAS Turun Padang: Bawa Revolusi EV Lebih Dekat Kepada Anda

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Bagi anda yang tertanya-tanya sama ada sekarang waktu yang sesuai untuk beralih ke kenderaan elektrik (EV), ini peluang keemasan anda. PRO-NET, anak syarikat Proton Holdings Berhad, kembali menyemarakkan siri jelajah Proton e.MAS ke seluruh negara untuk membawa barisan EV tempatan ini terus ke depan mata anda!

Siri jelajah Proton e.MAS  seterusnya akan diadakan di East Coast Mall, Kuantan dari 24 hingga 28 Jun 2026 serta di Sunway Pyramid, Subang Jaya dari 1 hingga 5 Julai 2026.

Ketua Pegawai Penjenamaan PRO-NET,  Salawati Mohd Yusoff berkata, program jelajah seluruh negara adalah tentang mendekatkan Proton e.MAS kepada rakyat Malaysia.

"Kami memulakan jelajah ini pada bulan April di Pulau Pinang dan Melaka, dan kini tiba masanya untuk ke Pahang dan Selangor.

"Sebagai jenama EV No.1 di Malaysia, kami kekal fokus untuk menjadikan pemilikan EV lebih mudah diakses melalui penglibatan berterusan, sokongan rangkaian pengedar yang kukuh, serta penyelesaian yang memenuhi keperluan pemanduan harian.” katanya.

Hentian Pantai Timur: Kenapa Orang Kuantan Untung Pakai EV?

Bagi warga Kuantan, memiliki EV sebenarnya jauh lebih mudah daripada apa yang anda fikirkan. Kebanyakan penduduk di Pantai Timur tinggal di rumah teres atau kediaman berkembar, bermakna anda boleh mengecas kereta dengan mudah di rumah pada waktu malam menggunakan pengecas AC standard.

Mari kita buat kira-kira mudah berbanding kereta petrol (ICE) konvensional:

Model KeretaKos Per 100kmBanding Kos Petrol (Kereta Seiz Sama)
Proton e.MAS 5~RM7 sahaja!RM16 – RM20
Proton e.MAS 7~RM9 sahaja!RM16 – RM20
Nota: Berdasarkan anggaran kadar cas rumah RM0.60 setiap kWh.


Bukan sahaja menjimatkan poket untuk kos perjalanan harian, malah kos penyelenggaraan (maintenance) EV juga jauh lebih murah! Anda boleh melihat sendiri model Proton e.MAS 5, Proton e.MAS 7, dan Proton e.MAS 7 PHEV secara dekat di East Coast Mall nanti.

Hentian Lembah Klang: Kemunculan Proton e.MAS 7 Premium Plus di Sunway Pyramid!

Untuk peminat teka-teki automotif di Selangor, pameran di Sunway Pyramid bakal menjadi satu acara 'mega'. Sambil membeli-belah, anda boleh menyaksikan sendiri portfolio penuh Proton e.MAS, termasuk model yang baru sahaja dilancarkan di KLIMS 2026 iaitu Proton e.MAS 7 Premium Plus.

Apa yang menarik tentang varian Premium Plus ini?

  • Jarak Pemanduan Lebih Jauh: Dilengkapi bateri AEGIS Short Blade 68.39kWh yang mampu membawa anda berjalan sejauh 450km (penarafan WLTP) dengan sekali cas penuh.
  • Pengecasan Super Pantas: Menyokong pengecasan pantas DC 115kW. Hendak cas dari 30% ke 80% hanya mengambil masa sekitar 20 minit—sempat untuk anda beli kopi!
  • Keselesaan Macam 'First Class': Dilengkapi tempat duduk hadapan dengan fungsi urutan dan tempat duduk penumpang berkuasa yang siap ada perehat kaki (leg rest).

Tawaran Istimewa & Harga!

Sempena pelancaran, varian Premium Plus ini ditawarkan dengan rebat pelancaran khas sebanyak RM7,000! Ini menjadikan harganya bermula daripada RM118,800* sahaja. Sebuah nilai yang sangat berbaloi untuk sebuah EV premium yang serba lengkap.








Gallery

Tag:

Proton eMAS 5
emas 7
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Lebih 3,000 Proton e.MAS 5 Terjual Setakat Bulan Lalu

PRO-NET, anak syarikat pengeluar kereta nasional PROTON, mengumumkan bahawa sebanyak 3,276 unit Proton e.MAS 5, model EV kedua di bawah jenama Proton e.MAS, telah terjual pada Januari lepas.

03-02-2026
Berita Auto

Auto Shanghai 2025: Kembar Proton eMas 7 Versi PHEV Ini Capai 1,420 KM

Di Auto Shanghai 2025 yang kini sedang berlangsung, kami berpeluang melihat dengan lebih dekat kembar Proton eMas 7 dalam versi PHEV, Geely Galaxy Starship 7 EM-i.

25-04-2025
EV

Proton e.MAS 7 Terajui Jualan EV, Dengar Cerita Ramai Serbu Showroom Sebab Nak Tengok e.MAS 7!

Proton mengakui populariti Proton e.MAS 7 ketika ini sedang melonjak.

10-03-2025
EV

Ini Dia EV kedua PROTON, eMAS 3?

Model kedua Proton ini bakal menyaingi EV Perodua?

07-01-2025

Berita Terkini

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026