- Berita
- Berita Auto
- Tragedi Jalan Raya: 6 Maut Dalam Nahas Proton X50, Lori Tanah

Satu klip video tular di internet menunjukkan sebuah Proton X50 yang melalui jalan lurus di tempat kejadian dilihat memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung lori terbabit.
Rempuhan kuat itu menyebabkan enam sekeluarga yang menaiki X50 terkorban dalam nahas yang berlaku di Jalan Pinang Tunggal, Sungai Petani semalam.

Seorang lagi mangsa, Aulia Sofea Ahmad Shafiq, 3, dilaporkan cedera parah dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.
Difahamkan, kereta itu baru diambil di sebuah pusat jualan di Juru, Pulau Pinang sekitar jam 11 pagi semalam sebelum mereka terbabit kemalangan.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/