- Berita
- Kereta Baru
- Zeekr X 2026 Kini Di Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM158,800
Pasaran EV tempatan kembali bergegar apabila Zeekr Malaysia melancarkan secara rasminya Zeekr X ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
Zeekr X 2026 didatangkan dalam dua varian: Premium RWD (RM158,800) dan Zeekr X Flaghsip AWD (RM175,800).

Bagi model tahun ini, Zeekr membawa naik taraf prestasi yang mengagumkan serta pilihan warna baharu yang pastinya mencuri tumpuan.
Apa yang cukup menarik mengenai Zeekr X adalah bahagian pintunya memandangkan ia hanya dilengkapi dengan satu butang kecil di keempat-empat pintunya.
Selain itu, pintu hadapannya jenis automatik, ada peti sejuk mini, dan hadir dengan lampu ambient jenis ice blocked yang cukup memukau.
Varian Flagship AWD: Raksasa Litar Berwajah SUV


Bagi peminat kelajuan, varian tertinggi Zeekr X Flagship AWD kini menerima lonjakan kuasa yang sangat signifikan.
- Prestasi Padu: Menghasilkan kuasa 365 kW dan tork 573 Nm. Hasilnya? Pecutan 0-100 km/j sepantas 3.7 saat sahaja! (Setanding supercar).
- Jarak Pemanduan: Mampu bergerak sejauh 415 km (kitaran WLTP) dengan sekali cas.
- Pengecasan Pantas: Kini dilengkapi pengecas AC 22 kW – mengecas penuh dari 0-100% hanya mengambil masa sekitar 4 jam.
Sentuhan Eksklusif Flagship: Varian ini didatangkan dengan tempat duduk siap fungsi urutan & pengudaraan, ruang kabin hitam dengan tali pinggang keledar merah yang garang, serta rim tempaan (forged) hitam 20 inci. Dua warna baharu turut diperkenalkan: Onyx Black dan Matte Khaki Green.


Varian Premium RWD: Gaya Segar & Lebih Estetik
Untuk anda yang mahukan keseimbangan antara gaya hidup bandar dan kecekapan, Zeekr X Premium RWD adalah jawapannya.
Prestasi & Jarak: Menawarkan kuasa 250 kW dan tork 373 Nm, dengan jarak pemanduan sehingga 445 km (WLTP).

Sistem Pengecasan: Menggunakan pengecas AC 11 kW (Pengecasan penuh sekitar 7.5 jam).
Kabin & Reka Bentuk: Dilengkapi dengan Head-Up Display (HUD), kemasan dalaman dwitona (putih-hitam), dan rim baharu 19 inci.
Warna Baharu: Tampil lebih chic dan ranggi dengan warna eksklusif Porcelain Pink.
Keselamatan Tahap Tertinggi: "Kebal" Luar & Dalam
Zeekr X tidak hanya fokus pada kelajuan, malah ia mengekalkan reputasinya sebagai antara EV paling selamat dalam kelasnya. Pakej keselamatan model ini dilengkapi dengan:
7 Beg Udara demi perlindungan maksimum.
Sistem ADAS Penuh: Dikuasakan oleh 5 kamera definisi tinggi, 5 radar gelombang milimeter, dan 12 penderia ultrasonik.

Kombinasi teknologi radar dan kamera ini memberikan pemandu tahap kesedaran ruang (situational awareness) yang luar biasa, sekali gus memberikan pemanduan yang lebih santai dan selamat dalam apa jua keadaan cuaca atau jalan raya di Malaysia.
Adakah Zeekr X akan menjadi raja baharu segmen SUV elektrik premium kompak di Malaysia? Kongsikan pendapat anda!
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/