- Berita
- Berita Auto
- BBC Sport Dah Jawab – Sepang Jadi Tuan Rumah F1 Oktober Ini, Menanti Pengumuman Rasmi PMX
BBC Sport Dah Jawab – Sepang Jadi Tuan Rumah F1 Oktober Ini, Menanti Pengumuman Rasmi PMX

Isu mengenai Formula 1 (F1) bakal diadakan di Malaysia sedang menggelagak di Malaysia selepas ura-ura menyatakan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berpotensi dipilih sebagai tuan rumah perlumbaan berprestij itu pada Oktober ini.
Khabar angin ini mula menjadi bualan hangat selepas beberapa laporan antarabangsatermasuk pendedahan daripada media terkemuka, BBC mula dikongsi secara meluas oleh netizen di platform seperti Threads dan X.
"BBC Sport dah jawab. F1 race dekat Sepang Malaysia tapi digantikan nama Bahrain GP," tulis seorang pengguna Threads, Zyzyagera23.
Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Ganti Slot Bahrain: Mengikut laporan berkenaan, kepulangan F1 ke Sepang bukanlah penganjuran asal, sebaliknya menjadi litar alternatif untuk menggantikan GP Bahrain yang terpaksa dibatalkan akibat konflik bersenjata di Asia Barat.
Tarikh Cadangan: Perlumbaan dijangka berlangsung pada 2 hingga 4 Oktober, iaitu seminggu sebelum kehangatan GP Singapura
.Jenama Tetap Sama: Uniknya, walaupun beraksi di litar ikonik Malaysia, perlumbaan itu dikhabarkan bakal kekal menggunakan nama GP Bahrain!
Apapun, kita tunggu pengumuman rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
