- Berita
- Berita Auto
- Bakal Kembali Ke Sepang? PM Anwar Buat Pengumuman Status F1 Malaysia Esok
Bakal Kembali Ke Sepang? PM Anwar Buat Pengumuman Status F1 Malaysia Esok

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan status perlumbaan Formula Satu (F1) di Malaysia, esok.
“F1 itu kita akan umumkan hari Ahad nanti,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Tahir Jalaluddin di sini, hari ini.
Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu atau mendedahkan butiran pengumuman yang bakal dibuat.
Malaysia kali terakhir menjadi tuan rumah Grand Prix F1 pada 2017, namun SIC masih memiliki lesen Gred 1 daripada Persekutuan Automobil Antarabangsa, sekali gus memenuhi syarat untuk menganjurkan perlumbaan berkenaan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
