- Berita
- Berita Auto
- Orang PJ, Damansara Boleh Lega, RM44.5 Juta Diluluskan Atasi Isu Banjir Kilat
Orang PJ, Damansara Boleh Lega, RM44.5 Juta Diluluskan Atasi Isu Banjir Kilat

Berita gembira buat warga Petaling Jaya dan Damansara yang kerap dibayangi ancaman banjir kilat!
Kerajaan Persekutuan dan Negeri Selangor kini berganding bahu bagi memastikan pelaksanaan projek mitigasi banjir bernilai RM44.5 juta berjalan lancar demi kesejahteraan penduduk setempat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan yang diluluskan itu membabitkan komitmen bersama antara kerajaan pusat dan negeri.
"Ada beberapa keputusan penting yang orang PJ (Petaling Jaya) harus tahu.
'I grew up here' (saya membesar di sini). Saya tahu semua lorong-lorong kecil di sini. Sekarang, tak ada yang dikecualikan, kerana PJ ini pun kadang-kadang banjir. Damansara pun ada banjir.
Jadi, dalam Belanjawan tahun lalu, sejak dua tahun lalu, kita mula bincang dan kita sudah pakat, setengah peruntukan Kerajaan Persekutuan, setengah lagi negeri. Kerajaan Selangor sudah luluskan lebih 30 skop kerja mitigasi banjir.
"Ini adalah isu banjir di sekitar Petaling Jaya, Damansara. Kepada MBPJ (Majlis Bandaraya Petaling Jaya), saya ucap terima kasih. Semua jabatan di Selangor dan Kerajaan Persekutuan, kita sudah lulus RM44.5 juta untuk mitigasi banjir dan dalam pelaksanaan," katanya.
SUMBER HARIAN METRO
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
