Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bukan Sekadar Jual Kereta, Proton Iktiraf 97 Perunding Jualan Terbaik

Suhana Veru

Kongsi melalui

PIC-2.jpg

PROTON mengiktiraf  97 perunding jualan terbaik dari seluruh negara menerusi program Elite Sales Achiever (ESA) Award Trip 2026 di Phuket, Thailand sebagai penghargaan terhadap prestasi cemerlang mereka sepanjang tahun lalu.

Program yang berlangsung selama empat hari bukan sekadar mengiktiraf pencapaian jualan, malah menjadi platform untuk peserta mendalami perkembangan industri automotif, memahami kehendak pelanggan serta berkongsi pengalaman sebenar dari rangkaian pengedar PROTON di seluruh negara.

Menurut Pengarah Jualan dan Pemasaran PROTON, Ong Chee Wooi, perkembangan pesat teknologi automotif telah mengubah sepenuhnya tugas seorang perunding jualan.

"Hari ini pelanggan datang dengan maklumat yang lebih banyak dan pilihan yang lebih luas, khususnya apabila EV dan PHEV semakin menjadi pilihan pengguna. Sebab itu perunding jualan bukan sahaja perlu mahir mengenai produk, malah perlu menjadi penasihat yang diyakini pelanggan," katanya.

Beliau berkata, latihan berterusan, pendedahan kepada teknologi baharu serta keupayaan berinteraksi dengan pelanggan melalui platform fizikal dan digital kini menjadi faktor penting untuk berjaya dalam kerjaya tersebut.

Lapan model baharu buka lebih banyak peluang kerjaya

Penganjuran program ESA turut berlangsung ketika PROTON terus memperluaskan portfolio produknya.

Dalam tempoh sembilan bulan lalu sahaja, syarikat memperkenalkan lapan model baharu, sekali gus menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna Malaysia dan membuka ruang lebih luas kepada perunding jualan untuk memenuhi keperluan pelanggan daripada pelbagai segmen.

PIC-5.jpg

Sehingga akhir Mei 2026, PROTON merekodkan 84,294 unit jualan, bersamaan 26.7 peratus pegangan pasaran. Model Proton Saga muncul sebagai kereta penumpang paling laris di Malaysia pada Mei, manakala Proton X50 terus mengekalkan kedudukannya sebagai SUV paling laris di negara ini.

Dalam segmen kenderaan elektrik, Proton e.MAS 5 kekal sebagai EV nombor satu negara dengan 9,357 unit jualan terkumpul tahun ini, manakala Proton e.MAS 7 PHEV mengungguli segmen hibrid plug-in dengan 2,936 unit diserahkan kepada pelanggan.

Perkembangan itu menjadikan kerjaya dalam bidang jualan automotif semakin mencabar dan bernilai kerana perunding jualan kini perlu menguasai teknologi ketersambungan, sistem bantuan pemandu, ciri keselamatan pintar serta aspek pemilikan EV dan PHEV.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dato' Ir. Abdul Rashid Musa, berkata rangkaian pengedar merupakan barisan hadapan syarikat yang memainkan peranan penting dalam membina keyakinan pelanggan terhadap jenama Proton.

"Mereka bukan sekadar menjual kenderaan, tetapi membantu pelanggan membuat keputusan penting berkaitan keperluan mobiliti mereka.

"Melalui program Elite Sales Achiever, kami bukan sahaja menghargai prestasi cemerlang mereka, malah mahu menunjukkan bahawa industri jualan automotif menawarkan kerjaya yang stabil, berdaya saing dan mempunyai peluang pembangunan yang luas kepada mereka yang sanggup belajar serta menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi," katanya.



Tag:

Proton X50
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Proton X50 Tumbang? Ini 4 Punca Perodua Traz Laku Keras

Minyak Lebih Jimat: Kenapa Perodua Traz Mengatasi Proton X50?

18-08-2026
Berita Auto

Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara

Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.

06-08-2026
Berita Auto

Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026

PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.

02-07-2026
Berita Auto

PROTON Tapau Pasaran Automotif Sebab Saga, e.MAS 7 PHEV?

Dominasi ICE Dan EV: PROTON Catat Jualan 16,995 Unit Pada Mei 2026.

08-06-2026
Berita Auto

Tragedi Jalan Raya: 6 Maut Dalam Nahas Proton X50, Lori Tanah

Tak Sempat Elak: 6 Terkorban Pertembungan Proton X50 & Lori Tanah.

08-06-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto
Global

Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia

Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.

20-04-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026