- Berita
- Berita Auto
- Ini Dia Harga Minyak, Naik Beberapa Sen Je..

Nampaknya, harga runcit RON97 dan RON95 tanpa subsidi masing-masing naik 20 sen seliter, manakala diesel tanpa subsidi meningkat 35 sen seliter.
Harga baharu itu berkuat kuasa mulai hari ini hingga 29 Julai 2026 ekoran kenaikan harga minyak mentah dunia yang didorong ketegangan geopolitik di Asia Barat.
Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan, berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga baharu RON97 ditetapkan pada RM4.20 seliter, RON95 tanpa subsidi RM3.62 seliter dan diesel tanpa subsidi RM4.42 seliter, berkuat kuasa mulai hari ini.
Menurutnya, kenaikan harga bahan api tanpa subsidi itu dipengaruhi peningkatan harga minyak mentah Brent sebanyak 16 peratus sepanjang minggu lalu selepas konflik antara Amerika Syarikat dan Iran kembali memuncak sebaik tempoh gencatan senjata berakhir.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/